Sambal Terung Balado

Menu kali ini ialah menu simple, menu mesra orang bujang, dan menu yang bakal menambah-nambah nasi.

Terung balado nama diberi, atau terung berlada pun ada yang panggil. Che Nom akan tunjuk cara untuk masak terung balado yang tahan lama dan tak mudah basi. Rasa pun cukup pedas, sedap dan terungnya tak terlalu berminyak atau lembik.

Menarik sangat untuk dihidang. Kalau makan dengan nasi panas pon dah cukup. Boleh juga dipadankan dengan set ayam penyet.

Bahan-bahan:

  • 3 biji terung panjang
  • 1/2-1 cwn minyak masak
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah besar
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 1 biji tomato
  • 1/2 inci belacan
  • 1-2 sk garam
  • 1 sk gula
  • Sedikit serbuk seasoning
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cwn ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar bawang merah kecil (kalau nak ganti dengan bawang besar pon boleh agak-agak 1 biji sederhana).
  2. Potong kasar bawang putih dan cili merah besar (besar betul cili nih jadi Che Nom guna 3 biji aja. Kalau saiz biasa 4-5 biji).
  3. Cili padi merah, kena guna semua yang warna merah lah kalau nak warna sambal balado tu merah cantik. Buang tangkai dan patahkan 2 . Siapa suka pedas lebih kan.
  4. Tomato potong kasar
  5. Terung ungu, buang tangkai kemudian potong memanjang 1.5 inci dan belah 4.
  6. Ikan bilis basuh dan toskan air biar kering. Kalau goreng basah-basah nanti takut lambat nak garing.
  7. Panaskan minyak dalam kuali, bukak api besar ye sebab kita nak minyak betul-betul panas.
  8. Bila minyak dah panas, boleh goreng terung separuh masak. Jangan letak banyak sangat nanti minyak jadi kurang panas, lambat perang, dan minyak menyerap dalam terung
  9. Bila terung dah garing boleh angkat dan toskan minyak.
  10. Goreng pulak ikan bilis. Bilis pon sama, minyak kena betul-betul panas masa mula-mula goreng barulah ikan bilas garing. Bila minyak dah diam tak bising letup-letup dah, boleh angkat.
  11. Bekas minyak goreng tadi kita goreng pulak bawang merah, bawang putih dan semua cili.
  12. Bila semua dah layu masukkan tomato dan belacan seciput..ala-ala macam nak makan tapi malu.
  13. Bila dah naik bau bolehla angkat.
  14. Masukkan bahan yang kita goreng tadi dalam pengisar dan kisar kasar, kalau ada batu gesek boleh guna.
  15. Masukkan balik bahan kisar dalam minyak bekas goreng tadi dan masak sampai sambal ni kering sikit.
  16. Bila dah kering air dan pecah minyak, boleh perasakan dengan garam, gula dan serbuk seasoning.
  17. Koyak masuk daun limau purut, lebih wangi kalau kita letak waktu last ni.
  18. Sekarang boleh masukkan semua terung goreng.
  19. Gaul terung biar lembut dan sebati dengan sambal.
  20. Boleh tutup api dan angkat.
  21. Last sekali tabur ikan bilis goreng atas sambal. Biasanya tumbuk dan masuk sekali dalam sambal, tapi untuk terung balado, Che Nom suka tabur bilis.

Tip:

  • Satu petua untuk elak cili meletup waktu goreng, caranya patahkan je cili.
  • Terung ni sifat dia bila goreng, mula-mula akan serap minyak, bila dah lembik baru minyak tu akan keluar semula, tapi kita taknak lembik masa mula goreng, ha tu yang goreng cepat, api besar, cepat perang, barulah tak serap banyak sangat minyak.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.