ResepiCheNom
Sambal Sardin
Ikan

Resepi Sambal Sardin

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 minHidangan 4 orang

Sambal Sardin kuah sambal yang mudah dan ringkas, sesuai untuk orang bujang. Ikan sardin digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dengan bahan tumis untuk rasa yang lebih sedap.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi4 tangkai cili padi
  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • 1-2 biji kentang1-2 biji kentang
  • 1 sb sos tiram1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili2 sb sos cili
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Sedikit perahan jus limau nipisSedikit perahan jus limau nipis
  • 1 tin besar sardin1 tin besar sardin

Cara Buat Sambal Sardin

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, kemudian kisar kasar.
  2. 2
    Potong membulat bawang besar (untuk taburan).
  3. 3
    Kentang kupas kulit, potong wedges, rendam sekejap kemudian gaul dengan garam.
  4. 4
    Panaskan minyak dan goreng kentang. Bila kentang dah perang boleh angkat dan ketepikan.
  5. 5
    Asingkan isi ikan sardin dan kuah kemudian goreng ikan sampai garing.
  6. 6
    Angkat ikan dan ketepikan dulu.
  7. 7
    Tumis bahan kisar kasar sampai layu.
  8. 8
    Masukkan semua kuah sardin dan kacau sampai pecah minyak.
  9. 9
    Masukkan garam, sos tiram, sos cili, kentang goreng dan ikan sardin goreng.
  10. 10
    Tambah air sikit kalau kuah kering.
  11. 11
    Perah sedikit jus limau nipis (untuk hilang hanyir ikan).
  12. 12
    Akhir sekali tabur hirisan bawang besar dan cili padi.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Masa asingkan isi ikan dan kuah, bilas sikit isi ikan dengan air untuk kurangkan effect meletup masa goreng nanti.
  • Goreng kentang dengan api sederhana. Luar kentang biar perang tapi dalam kentang keras sikit takpa sebab kita akan masak lagi sekali.
  • Masa goreng ikan, tunggu garing sebelah bawah baru alih, kalau alih cepat sangat nanti isi ikan jadi mudah hancur.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi Sambal Sardin kuah sambal. Bahan-bahan tak susah nak cari dan untuk orang bujang senang lah nak masak, menu express.

Kadang nak bersahur tak tau nak masak apa, boleh lah cuba masak sambal cara ini.

Ikan sardin dalam tin kita goreng dulu sebelum dimasak kuahnya dengan bahan tumis kisar. Lain ye rasa sedap bila goreng ikan.

Diterbitkan pada 22 April 202434.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru