ResepiCheNom
Pajeri Nenas

Resepi Pajeri Nenas

Prep 20 minMasak 45 minJumlah 1 jam 5 minHidangan 4 orang

Pajeri Nenas resepi mak Che Nom, kuahnya macam kari tapi lebih manis dan berlemak. Makan dengan ikan kering, sambal belacan dan ulam memang padu.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Pajeri Nenas

  • 1/2 cawan minyak masak1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji nenas1 biji nenas
  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • **boleh juga tambah bunga cengkih dan buah pelaga**boleh juga tambah bunga cengkih dan buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar serbuk kari daging3 sudu besar serbuk kari daging
  • sedikit airsedikit air
  • 50g ikan bilis (anggaran 1/2 cawan)50g ikan bilis (anggaran 1/2 cawan)
  • 1 sudu besar udang kering1 sudu besar udang kering
  • **boleh gunakan ikan bilis sahaja atau udang kering sahaja**boleh gunakan ikan bilis sahaja atau udang kering sahaja
  • 1/2 cawan santan (atau 1/2 kotak santan)1/2 cawan santan (atau 1/2 kotak santan)
  • 2-3 sudu besar kerisik2-3 sudu besar kerisik
  • Anggaran 2 sudu besar gulaAnggaran 2 sudu besar gula
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Cara Buat Pajeri Nenas

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Pajeri Nenas

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. 2
    Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
  3. 3
    Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
  4. 4
    Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
  5. 5
    Panas kan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, toskan air.
  6. 6
    Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  7. 7
    Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
  8. 8
    Masak sehingga kering dan berulang tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3-4 kali.
  9. 9
    Masukkan nenas dan gaul rata.
  10. 10
    Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10-15 minit. Tambah air jika mahukan lebih kuah pajeri.
  11. 11
    Bila nenas sudah masak lembut, masukkan ½ cawan santan dan 3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
  12. 12
    Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang. Kemudian, pajeri nenas siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk menghilangkan masam nenas, nenas boleh dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah pajeri.
  • Tidak perlu letak terlalu banyak santan. Jika menggunakan santan kotak, anggaran setengah kotak kecil sudah mencukupi.
  • Bagi mendapatkan kuah yang pekat dan wangi, masukkan lebih kerisik kedalam masakan. Pilihan kerisik juga penting iaitu memilih yang elok dan tidak berbau hapak kerana ia dapat mempengaruhi rasa pajeri nenas tersebut.
Video
Pengenalan

Pajeri Nenas resepi dari mak Che Nom sendiri…Bagi sesiapa yang tak pernah makan pajeri, pajeri tu macam kari sebenarnya, cuma bahan-bahan kuahnnya ada sedikit berbeza dari kari melayu yg biasa.

Rasa kuah pun mestilah manis, tu ciri utama masakan pajeri. Lauk favourite orang sebelah utara ni, kalau makan dengan ikan kering, sambal belacan dan ulam, memang sedap sangat.

Diterbitkan pada 17 Mac 2021106.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru