Resepi Pucuk Ubi Goreng
Pucuk ubi kali ni kita goreng sampai rangup macam seaweed flakes, lepas tu gaul dengan bilis, bawang putih goreng dan sambal garing pedas manis.

Bahan-bahan
Bahan Pucuk Ubi Goreng
- 1 ikat daun pucuk ubi
- 2 biji bawang besar
- 6-8 ulas bawang putih
- 2 cawan/ 200g ikan bilis
- 1 sb tepung beras
- 1 keping asam gelugor
- 15 tangkai cili kering
- 1 inci belacan
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Cara Buat Pucuk Ubi Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Pucuk Ubi Goreng
- 1Hiris bawang besar dan bawang putih.
- 2Cili kering, rebus, tapis buang biji dan kisar halus.
- 3Ikan bilis basuh dan toskan air kemudian gaul dengan tepung beras.
- 4Pucuk ubi petik ambil daun saja. Kemudian basuh dan toskan air.
- 5Panaskan minyak dan goreng pucuk ubi. Angkat dan ketepikan.
- 6Goreng pulak hirisan bawang putih. Angkat dan toskan minyak.
- 7Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
- 8Tumis bawang besar sampai perang dan sedikit garing.
- 9Masukakn cili kisar dan masak sampai cili garing.
- 10Masukkan belacan dan kacau sebati.
- 11Masukkan gula, asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam. Kacau sebati.
- 12Tutup api kemudian masukkan ikan bilis goreng, bawang putih dan pucuk ubi. Gaul sekata.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan
- Kalori
- 310 kcal
- Protein
- 26.5 g
- Karbohidrat
- 13 g
- Lemak
- 17.5 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 3.5 g
- Natrium:
- 1450 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; dianggar 6 hidangan sebagai lauk.
- Minyak tidak disenaraikan; 1/2 cawan dianggar, 80% kekal dalam masakan.
- Ikan bilis 200 g kering adalah punca utama protein dan natrium.
- 1 ikat pucuk ubi dianggar 300 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Toskan kering ikan bilis, kalau basah bila masak nanti ikan bilis lambat garing dan liat.
- Goreng pucuk ubi sampai bertukar warna lutsinar. Jangan terlebih masak takut nanti pucuk ubi terlalu rapuh dan pecah berderai.
- Masa goreng bawang putih, api jangan besar sangat takut nanti bawang cepat hangit dan pahit.
- Untuk ikan bilis yang garing, goreng dengan api sederhana besar dan kerap kacau.
- Gaul pucuk ubi dengan kesemua bahan tumisan dengan cara kaup naik atas (gunakan 2 senduk) dan jatuhkan. Dengan cara ini bahan tak terlebih hancur dan lebih cepat sejuk.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share satu resepi yang agak unik, iaitu pucuk ubi goreng. Resepi asal diambil dari Dato Rizalman, viral tahun lepas rasanya ni, Che Nom aja yang lambat cuba.
Pucuk ubi biasanya kita buat masak lemak kan. Tapi resepi ini, kita goreng sampai garing dan gaul dengan bahan-bahan gorengan ragup yang lain seperti ikan bilis. Che Nom tambah bawang putih goreng untuk khasiat nya, dan semua bahan digaul pula dengan sambal garing yang pedas-pedas manis.
Pucuk ubi goreng tu texture dah mcm seaweed flakes pun ada sebab sangat lah rangup, cuma berbeza sikit dari segi rasa. Kalau takda seaweed flakes, hah goreng je pucuk ubi ganti. Hidangan ni sedap sangat kalau makan dengan nasi panas.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









