
Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah
Pajeri Terung, resepi yang mudah tapi cukup menambahkan selera. Rahsia kesedapan pajeri terung ini adalah pada beberapa bahan yang digunakan dan cara memasak yang teliti. Kuahnya perlulah pekat berempah, dan tidak terlalu berlemak serta manis secukup rasa. Bahan yang wajib ada mestilah kerisik dan udang kering ataupun ikan bilis, kerana dua bahan inilah yang membezakan pajeri dari masakan kari yang biasa.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2-3 biji bawang merah kecil
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 genggam ikan bilis
- Sedikit air
- 3 sudu besar rempah daging
- 3-4 biji terung panjang
- 1/2 cawan minyak masak
- Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih)
- 1 tangkai daun kari
- 2 cawan santan cair
- gula secukup rasa
- 2-3 sudu besar kerisik
- 1/2 cawan santan pekat
- Garam secukup rasa
- Nota : Kalau guna santan kotak, cuma guna ½ kotak sahaja dan campur air
- 1Kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, halia dan ikan bilis kering atau udang kering bersama air.
- 2Bancuh rempah daging dan rempah kari ikan dengan sedikit air.
- 3Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, rempah empat sekawan, daun kari dan bancuhan rempah. Masak sehingga bahan pecah minyak.
- 4Tambah sedikit air setelah kuah kelihatan kering, pekat dan pecah minyak. Ulang minimum 3 kali memasak dengan menambah air pada bahan rempah sehingga ia betul-betul masak.
- 5Masukkan santan cair dan gaul.
- 6Masukkan terung dan masak sehingga terung menjadi lembut dan kuah menjadi pekat.
- 7Kemudian, masukkan gula secukup rasa, santan pekat yang diletak sedikit demi sedikit dan kerisik. Tambah garam secukup rasa.
- 8Teruskan memasak sehingga terung lembut dan kuah masak sempurna, lalu pajeri terung sedap kuah pekat berempah siap untuk dihidang.
- •Rempah boleh digabungkan bersama rempah kari ikan dan kari daging, atau menggunakan rempah kari daging sahaja.
- •Jika menggunakan santan perahan sendiri, perahan yang kedua adalah santan cair manakala perahan pertama adalah santan pekat.
- •Jika menggunakan santan kotak, boleh ditambah air dahulu atau tambah santan sedikit sampur dengan air.
- •Pastikan rasa dahulu masakan sebelum ditambah garam, kerana takut terlebih masin akibat ikan bilis yang sudah masin.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Pajeri Terung
undefined...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.
Diterbitkan pada 14 Mac 2025

Tauhu Telur Masak Sayur Campur
undefined...
Diterbitkan pada 7 Februari 2023

Pucuk Ubi Goreng
undefined...
Diterbitkan pada 20 Oktober 2022

Acar Rampai
undefined...
Diterbitkan pada 26 September 2022

Burger Ramly Special Double
Burger Ramly Special, menu ikonik Malaysia yang dimasak dengan gaya tersendiri sejak era 80-an, diinspirasikan oleh pengalaman unik seorang warga asing menikmati burger tempatan, khusus untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-65
Diterbitkan pada 9 September 2022
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...