Resepi Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!

Bahan-bahan
Cara Buat Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 385 kcal
- Protein
- 42.5 g
- Karbohidrat
- 16.5 g
- Lemak
- 15.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 8.5 g
- Natrium:
- 1410 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 9 ekor ikan kembung sederhana (~150 g seekor) dikira 60% isi boleh dimakan.
- Termasuk air asam kerisik (bawang, tomato, belacan, kerisik 2-3 sudu besar).
- Garam/gula/perasa secukup rasa dianggar 1 sudu kecil garam, 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil perasa.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk air asam, gunakan tomato yang merah ranum untuk bahan kisar supaya kuah lebih cantik warnanya. Manakala untuk bahan hiris, pilih tomato yang sedikit keras supaya teksturnya lebih rangup bila digigit.
- Pastikan kerisik yang dibeli masih elok dan tidak berbau hapak. Rasa sedikit sebelum digunakan untuk memastikan kualitinya.
- Untuk hilangkan hanyir ikan, boleh lumurkan ikan dengan perahan jus limau nipis dan bilas bersih sebelum dilumur dengan bahan perapan.
- Jangan kerap sangat balikkan ikan semasa membakar ya, nanti isinya mudah hancur. Cukup sekali untuk setiap belah.
Video
Pengenalan
Hai semua! Hari ni Che Nom nak kongsikan satu lagi resepi lauk yang confirm buat kita makan nasi bertambah-tambah, iaitu Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik style orang Utara.
Resepi ni memang padu, gabungan ikan kembung segar yang dibakar wangi, dicicah pula dengan air asam yang pekat dan cukup rasa. Rasa pedas dari cili, masam dari asam jawa dan limau, ditambah pula aroma istimewa dari belacan bakar dan lemak-lemak kerisik tu, fuhh memang terangkat!
Che Nom akan tunjukkan cara buat dari A sampai Z, supaya air asam kita betul-betul 'kick'. Jom kita tengok cara penyediaannya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









