ResepiCheNom
Mee Goreng Telur

Resepi Mee Goreng Telur

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 min

Mee goreng telur versi yang simple tapi bukan main sedap rasanya. Menu ni cukup seimbang dengan sumber protein, karbohidrat dan fiber. Sesuai dimakan panas-panas dengan perahan limau nipis.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • TaugehTaugeh
  • 1 pek / 450g mi kuning1 pek / 450g mi kuning
  • 3-4 ulas bawang putih3-4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil2 biji bawang merah kecil
  • 3 sb cili kisar3 sb cili kisar
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 3 sb sos tomato3 sb sos tomato
  • 1/4 cwn sos cili1/4 cwn sos cili
  • Kicap manis secukupnyaKicap manis secukupnya
  • 1 sb kicap pekat karamel1 sb kicap pekat karamel
  • 2-3 biji telur2-3 biji telur
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1/2 sb serbuk seasoning1/2 sb serbuk seasoning
  • Sayur sawiSayur sawi
  • 1 sk lada sulah1 sk lada sulah
  • Sedikit air, untuk mee basahSedikit air, untuk mee basah
  • Limau nipisLimau nipis
  • TimunTimun

Cara Buat Mee Goreng Telur

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris nipis bawang putih dan bawang merah.
  2. 2
    Potong kasar tomato dan sayur sawi.
  3. 3
    Bilas sikit mee kuning biar hilang bau kapur.
  4. 4
    Panaskan minyak dan tumis bawang sampai kekuningan.
  5. 5
    Masukkan cili kisar dan masak sampai garing.
  6. 6
    Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap pekat manis dan batang sawi.
  7. 7
    Bila dah layu, masukkan telur dan biarkan telur set dan keras sikit baru kita godak-godak.
  8. 8
    Tambah tomato, serbuk seasoning, air, kicap pekat caramel dan mee kuning.
  9. 9
    Adjust tambah kicap dan sos cili kalau kurang. Kalau suka mee goreng basah tambahlah sikit air.
  10. 10
    Last sekali masukkan daun sawi, taugeh dan serbuk lada sulah.
  11. 11
    Boleh hidang dengan timun dan potongan limau nipis.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Che Nom ketuk pecah batang sawi masa potong tujuannya bila goreng nanti akan mudah lembut dan juga serap bahan-bahan tumisan, takdelah rasa tu plain sangat kan.
Video
Pengenalan

Kali jom kita masak menu yang sesuai sangat untuk sesiapa yang tengah busy tu atau yang sesuai dimasak oleh adik-adik dapur bujang haa inilah dia mee goreng telur versi yang simple tapi bukan main sedap rasanya. Nak nak tengah lapar kan, malas nak keluar ha jomlah masak mee goreng telur 1 pek 450g ni lepas dah masak cukup la untuk 4-5 orang makan macam tu, kalau makan banyak tak cukup lah.

Hidangan ni sumber protein utama adalah dari telur lah kan, mee pulak sumber karbohidrat dan yang paling penting untuk balance nutrisi dan ada kandungan fiber kita kena letak banyak sayur barulah seimbang. Makan pulak panas-panas, perah jus limau nipis fuh terbaik.

Diterbitkan pada 5 Ogos 202411.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru