Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah yang sangat sedap dan memang antara menu kegemaran Che Nom.

Mee digoreng supaya sedikit berkuah tanpa dimasukkan telur. Bahan-bahan lain boleh ditambah mengikut selera masing-masing dan kali ini Che Nom gunakan seafood iaitu udang dan sotong sahaja. Boleh juga gantikan dengan ayam dan daging.

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 6 September 201815.9K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 1 paket mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • hirisan kek ikan
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 7-8 ekor udang, buang kepala
  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji tomato, potong 8
  • 1 mangkuk air rebusan kulit udang
  • batang sawi
  • sayur daun sawi
  • taugeh

  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang
  • hirisan cili merah
  • limau kasturi atau limau nipis
Cara Memasak

  1. 1
    Panaskan air, celur mee kuning dan toskan.
  2. 2
    Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. 3
    Masukkan cili kisar dan masak cili sehingga garing.
  4. 4
    Masukkan kek ikan, sos cili, kicap manis, sos tiram, udang, sotong, lada sulah, tomato, sedikit air rebusan kulit udang dan batang sawi.
  5. 5
    Masukkan pula mee kuning, sayur daun sawi dan taugeh. Boleh tambah sos cili dan kicap lagi jika suka.
  6. 6
    Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan limau kasturi.
Petua & Panduan
  • Tak perlu masukkan garam dan gula kerana rasa masin dan manis sudah cukup dari kicap, sos dan bahan-bahan lain.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Tiramisu Klasik Mascarpone Cheese

Resipi Premium Eksklusif

Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru

Artikel Terbaru