Koleksi Resepi Mee Dan Bihun Pantas, Jimat & Mengenyangkan
Koleksi 42 resepi mee dan bihun seperti goreng, sup, tomyam dan berkuah. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau malam.

Resepi Laksa Utara Kedah Kuah Ikan Kembung Pekat
Resepi Laksa Utara Kedah dengan kuah ikan kembung pekat, licin tak berpasir dan tak hanyir. Wangi bunga kantan, daun kesum serta asam keping.

Resepi Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.

Resepi Meggi Goreng Ala Thai
Resepi meggi goreng basah-basah dengan rasa pedas, masam, dan manis yang cukup lengkap!

Resepi Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Resepi Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Resepi Mee Goreng Telur
Mee goreng telur versi yang simple tapi bukan main sedap rasanya. Menu ni cukup seimbang dengan sumber protein, karbohidrat dan fiber. Sesuai dimakan panas-panas dengan perahan limau nipis.

Resepi Char Kuey Teow Original Penang
Char Kuey Teow Chinese style versi halal sangat special sebab kita masak dengan minyak udang, pes sambal yang pedas dan bancuhan kicap untuk sempurnakan rasa. Banyak tips yang Che Nom share jadi jangan lupa cuba dirumah.

Resepi Laksa Siam, pedas berlemak
Sesiapa yang belum pernah makan laksa siam inilah masanya. Laksa ni memang lain daripada yang lain, kuahnya tu yang pekat berlemak dan dihidangkan dengan bermacam jenis ulam memang menu yang sihat lah.

Resepi Bihun Goreng Legend
Che Nom kongsikan resepi mudah bihun goreng ala nenek yang ringkas tapi sedap, sesuai dinikmati selepas musim perayaan. Dengan teknik menggoreng mudah dan cepat, bihun yang dihasilkan lembut, pedas dan cukup rasa.

Resepi Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor
Wat Tan Hor (Kuey Teow Ladna) yang ringkas dan sesuai untuk hidangan dinner ketika sibuk. Kuey teow digoreng dengan api besar sehingga garing dan berwarna gelap, kemudian dicurahkan dengan kuah udang yang pekat dan penuh sayur-sayuran.

Resepi Kuetiau Kantonis
Kuetiau Kantonis versi Che Nom yang simple tapi padu, kuetiau goreng kicap bertelur dimakan dengan kuah pekat penuh sayur, cendawan dan tauhu telur. Cicah cili kicap memang ngam.

Resepi Kuetiau Sup Sambal Kicap
Kuetiau sup ayam dengan bebola ikan, lengkap sekali dengan minyak bawang putih wangi dan sambal kicap pedas manis. Sedap makan ramai-ramai, memang puas hati.