ResepiCheNom
Kuey Teow Kung Fu RANGUP

Resepi Kuey Teow Kung Fu RANGUP

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 min

Kuey teow kung fu versi rangup, kuey teow gaul telur digoreng garing dulu baru curah kuah pekat yang padu. Makan panas-panas memang puas hati!

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kuah Kung Fu

  • 3 sudu besar minyak masak3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 ketul isi ayam1 ketul isi ayam
  • sedikit lada sulahsedikit lada sulah
  • sedikit hirisan lobak merahsedikit hirisan lobak merah
  • 5-6 ekor udang5-6 ekor udang
  • 1 keping kek ikan1 keping kek ikan
  • 7-8 biji bebola ikan7-8 biji bebola ikan
  • 4-5 batang sayur jagung muda /baby corn4-5 batang sayur jagung muda /baby corn
  • 2 ekor sotong2 ekor sotong
  • anggaran 6 cawan air (untuk 4 orang makan)anggaran 6 cawan air (untuk 4 orang makan)
  • 1/2 ketul kiub ayam1/2 ketul kiub ayam
  • 2-3 sudu besar tepung jagung + sedikit air2-3 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • 10 tangkai cili padi10 tangkai cili padi
  • sayur pak choysayur pak choy
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Bahan Untuk Taburan

  • 1 tangkai daun bawang1 tangkai daun bawang
  • bawang gorengbawang goreng

Bahan Untuk Kuey Teow Goreng

  • 1 bungkus /500g kuey teow1 bungkus /500g kuey teow
  • 2 biji telur2 biji telur
  • sedikit garamsedikit garam
  • sedikit lada sulahsedikit lada sulah

Cara Buat Kuey Teow Kung Fu

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kuah

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih.
  2. 2
    Buang tangkai dan belah hujung cili padi.
  3. 3
    Belah 4 sayur jagung muda (baby corn) dan tomato.
  4. 4
    Potong memanjang carrot.
  5. 5
    Sayur pak choy buang hujung (bahagian akar) dan tak perlu potong sayur, biarkan sehelai panjang
  6. 6
    Daun bawang hiris untuk hiasan
  7. 7
    Fish cake dan fish ball hiris nipis
  8. 8
    Potong kecil isi ayam dan sotong.
  9. 9
    Bersihkan dan buang tali hitam belakang udang.
  10. 10
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  11. 11
    Masukkan isi ayam dan lada sulah.
  12. 12
    Masukkan carrot, udang, fish cake, fish ball, baby corn dan akhir sekali sotong.
  13. 13
    Masukkan air.
  14. 14
    Masukkan kiub ayam.
  15. 15
    Bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuah.
  16. 16
    Masukkan cili, sayur pak choy, lada sulah, tomato dan garam secukup rasa.

Goreng Kuey Teow

  1. 1
    Bilas sikit kuey teow dan toskan.
  2. 2
    Pecahkan telur, tambahkan sedikit lada sulah dan garam kemudian kacau sebati.
  3. 3
    Ambil satu bahagian kuey teow.
  4. 4
    Tuang sikit telur dan gaulkan.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng kuey teow.
  6. 6
    Goreng sampai garing di bahagian tepi.
  7. 7
    Tuang dengan kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Sotong masukkan last sekali dan tak nak masak lama sebab nanti sotong jadi keras dan liat.
  • Tepung jagung tak boleh masuk terus, bancuh dulu sebab takut kuah berketul.
  • Satu bungkus kuey teow anggaran 6 cawan air untuk 4 orang makan dan seorang dlm satu cawan lebih. Agak-agak kalau anda masak dlm kuantiti berlainan.
Video
Pengenalan

Hi semua, dah lama rasa tak masak kuey teow, dan kali ni Che Nom nak tunjukkan lagi sekali cara untuk masak kuey Teow Kung Fu yang memang mantap rasanya.

Bezanya kuey teow kung fu ialah, kita goreng dulu kuey teow yang digaul telur sampai garing, dan kemudian tuang dengan kuah sebelum dihidang.

Che Nom akan sediakan kuah dulu, kuey teownya akan goreng kemudian…sebab lagi sedap kalau makan kuey teow yang panas2 garing baru lepas goreng.

Diterbitkan pada 12 Ogos 202017K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru