Resepi Kuetiau Ladna, Wa Tan Hor
Wat Tan Hor (Kuey Teow Ladna) yang ringkas dan sesuai untuk hidangan dinner ketika sibuk. Kuey teow digoreng dengan api besar sehingga garing dan berwarna gelap, kemudian dicurahkan dengan kuah udang yang pekat dan penuh sayur-sayuran.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuetiau Ladna
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang
- Kalori
- 605 kcal
- Protein
- 21.5 g
- Karbohidrat
- 79 g
- Lemak
- 20 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 5.5 g
- Natrium:
- 2670 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 bungkus kuetiau dianggar 500 g segar.
- Udang 8 ekor (~120 g), bebola ikan ~90 g, kek ikan ~80 g.
- Kicap cair, kicap pekat, kiub pati ayam dan bebola ikan menjadikan natrium tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau alergik seafood, boleh ganti denga nisi ayam dan daging.
- Kuetiau jangan basuh awal-awal sangat, basuh sebelum gaul dengan kicap takut nanti kembang. Dan jangan basuh beria-ria sangat takut lembut nanti.
- Che Nom bajet air untuk sorang makan biasanya 1 cawan lebih, kalau 3 orang makan, boleh letak 4 atau 4 setengah cawan.
Video
Pengenalan
Kali ni, jom tengok Che Nom sediakan satu menu ringkas dan satu menu yang tak serabut kalau nak masak untuk dinner pada hari-hari yang sibuk. Inilah resepi Wat Tan Hor atau ada yang panggil Kuetiau Ladna. Sama ke eh. Che nom ada nampak perkongsian social media baru-baru ini dan terus rasa teringin nak makan.
Apa yang bezanya Wat Tan Hor dengan masakan kueytiau lain, kita goreng dulu kuetiau sampai sedikit garing dgn api besar sampai jadi kesan char dan warna gelap pula hasil dari campuran kicap. Nak lagi best guna Chinese wok, okay.
Kemudian, kita masak pulak kuah udang yang pekat, penuh dengan sayur-sayuran dan ada telur pecah lagi. Tuang kuah atas kuey tiau goreng kicap, memang cukup menarik dan sedap hasilnya. Pekena pulak dengan cili kicap, tersandar terus lepas makan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









