Resepi Laksa Siam, Pedas Berlemak
Sesiapa yang belum pernah makan laksa siam inilah masanya. Laksa ni memang lain daripada yang lain, kuahnya tu yang pekat berlemak dan dihidangkan dengan bermacam jenis ulam memang menu yang sihat lah.

Bahan-bahan
Cara Buat Laksa Siam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 380 kcal
- Protein
- 24.5 g
- Karbohidrat
- 29.5 g
- Lemak
- 18 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 1100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 kg ikan selayang dikira 60% isi (~600 g); 1 pek laksa halus dianggar 500 g.
- Santan dikira 2 kotak kecil (~400 ml).
- Ulam (kacang panjang, bunga kantan, timun, taugeh) dianggar ~300 g untuk 6 orang; garam dan gula secukup rasa ~2 sudu kecil + 1 sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau guna santan kotak Che Nom suka guna coconut milk bukan cream, 2 kotak dah cukup untuk 1 kilo ikan, Che Nom akan lebihkan air kalau guna santan kotak. Kalau guna santan pekat dari pasar tu guna lah 1 kilo.
- Lepas masuk santan pekat, kerap kacau supaya santan tak berketul dan kuah kita tak cepat basi.
- lepas masuk santan biarkan kuah mereneh anggaran 1/2 jam. Kalau lepas masuk santan mendidih sekejap je dah tutup memang cepatlah basi.
Video
Pengenalan
Special untuk semua peminat laksa ha hantu laksa la senang cerita jom tengok Che Nom sediakan laksa yang berasal dari negara jiran Thailand iaitu laksa lemak thai. Sesiapa yang belum pernah makan inilah masanya untuk cuba. Kalau pergi sarapan di kedai Kelantan selalu sangat Che Nom order ni. Kelainan laksa ni pada kuahnya tu yang pekat berlemak. Lebih kurang macam laksam tapi kuahnya warna kuning. Dan yang paling penting penggunaan daun selasih dan daun limau purut dalam masakkan kuah tu memang special sangat aroma. Laksa lemak thai biasanya dihidangkan dengan macam-macam jenis ulam jadi memang menu yang sihat lah. Tinggi fiber, tinggi protein dan ada macam-macam vitamin haa macam jual produk pulak promote kan.
Mula-mula Che Nom tunjuk cara penyediaan yang sangat detail untuk kuah laksa dari proses rebus, proses buat pes ikan, lepas tu penyediaan bahan-bahan kisar pulak dan penerangan jenis-jenis santan yang boleh kita guna. Kemudian Che Nom tunjuk cara merebus laksa, kita kena guna jenis yang halus yer untuk laksa thai. Lepas tu hidang lah dengan macam-macam jenis sayur dan ulam. Sapa yang suka telur rebus boleh letak yer.
Makan laksa ni kan makan dengan kuah pekat tu confirm tambah bermangkuk-mangkuk. Laksa halus tu pon buat lebih sedap haa cuba tau.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









