Kek Coklat Moist Moist Ketagih Viral

Kali ni Che Nom nak share resepi kek yang viral iaitu kek coklat moist bikin ketagih. Kek ni sebenarnya kek coklat moist yang dikukus atau dibakar, dan kita hias dengan lapisan coklat ganache di atasnya. Cuma versi viral ni kek dibakar dalam loyang petak besar, dan kita potong kecil sebelum hias dengan coklat flakes. Simple tapi menarik.

Video ni ada beberapa bahagian penting iaitu penerangan bahan-bahan, penyediaan adunan basah dan kering, serta cara lengkap untuk hasilkan kek coklat versi kukus dan cara sediakan ganache yang betul. Jangan skip ye kalau anda baru nak belajar.

Hasilnya kek coklat yang lembab dgn gabungan coklat ganache yang silky smooth memang cukup sedap, cukup premium rasanya. Boleh buat berniaga.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan A:
    • 1 tin / 390g susu cair
    • 1 cwn / 150g coklat masakan
  • Bahan-bahan B:
    • 1/2 cwn / 50g serbuk koko
    • 1 1/2 cwn / 195g tepung gandum
    • 1 sk soda bikarbonat
    • 1 sk serbuk penaik
    • 1/4 sk garam
  • Bahan-bahan C:
    • 4 biji telur saiz B
    • 1 cwn / 200g gula kastor
    • 1 sk esen vanilla
    • 1/2 cwn / 119ml susu pekat
    • 2 sb air kopi (pilihan)
    • 2/3 cwn / 158ml minyak sayuran
  • Bahan-bahan coklat ganache:
    • 350g coklat masakan
    • 320ml krim putar tenusu
    • 1 sb mentega
    • Coklat flakes, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara kek kukus:
    1. Masak (bahan A) coklat masakan dan susu sejat sampai suam dan coklat cair. Kemudian ketepikan dulu
    2. Ayak (bahan B) tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam. Ketepikan dulu.
    3. Pukul telur dan gula sampai kuning pucat dan gula larut.
    4. Masuk esen vanilla dan susu pekat kemudian kacau sampai sebati.
    5. Masukkan adunan kering (bahan B) dan kacau sebati.
    6. Masukkan air kopi, adunan basah (bahan A) dan minyak sayuran. Kacau sebati.
    7. Loyang saiz 9x9x3 inci, gris dengan butter dan lapik dengan kertas baking (kertas perlu tinggi melepasi lonyang).
    8. Tuang masuk adunan dalam Loyang. Tutup dengan aluminium foil.
    9. Kukus selama 45-60 minit atau bakar 170C selama 50-60 minit.
  2. Cara-cara coklat ganache:
    1. Cairkan coklat masakan dan krim putar tenusu dengan kaedah double boil.
    2. Kacau perlahan-lahan sampai cair.
    3. Masukkan butter dan biarkan coklat suam.
    4. Tuang coklat ganache atas kek.
    5. Sejukkan kek semalaman dalam peti ais.
    6. Potong kek dan hias dengan coklat flakes.

Tip:

  • Serbuk koko selalunya berketul jadi penting untuk ayak dulu.
  • Masak coklat dan susu sejat cukup setakat suam dan naik wap je, jangan masak sampai mendidih, kita tak nak coklat rosak atau susu berketul.
  • Kacau adunan kering seeloknya masuk sedikit demi sedikit dan mula kacau dari tengah.
  • Kek Che Nom masih basah ditengah dan atas lepas 45 minit, jadi Che Nom bukak penutup dan sambung kukus lagi 10-15 minit.
  • Tips potong kek kemas, celup pisau dalam air panas kemudian lap kering setiap kali potong.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.