Resepi Ayam Percik
Ayam percik bersalut kuah pedas susuai untuk hidangan dibukan Ramdhan, cukup dengan rasa rempah pekat berlemak. Bila dipanggang, hasilnya sungguh mantap, isi ayam kekal moist dan lembut.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Percik
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 395 kcal
- Protein
- 20.5 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 28 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 6.5 g
- Natrium:
- 900 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ekor ayam bahagian paha dianggar 1.5 kg bertulang, 65% isi berkulit.
- 1 mangkuk kecil minyak (~150 ml) untuk kuah dikira 70% dimakan.
- Gula melaka secukup rasa dianggar 2 sudu besar; garam secukup rasa 1 sudu kecil.
- Ayam dipanggang, tiada minyak goreng tambahan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom guna 4 ketul bahagian whole leg, dah macam sukatan 1 ekor. Tapi untuk resepi kuah percik ni sebenarnya cukup untuk 2 ekor ayam
- Sebelum perap kelar dulu isi ayam, tujuannya untuk rempah perap cepat menyerap dan ayam cepat masak.
- Che nom kukus ayam dulu untuk pastikan ayam cepat masak dan masak sempurna dalam.
- Kalau suka kuah yang cair, boleh tambah sedikit air masa masak kuah.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi bertemakan bulan Ramadhan yang tak lama lagi menjelang tiba kan. Inilah dia resepi ayam percik bersalut kuah yang pedas, cukup dengan rasa rempah dan pekat berlemak. Bila bakar, fuhh hasilnya tu cukup mantap. Isi ayam pon moist saja, lembut dan tak kering.
Mula-mula kita tengok cara penyediaan bahan untuk perapan ayam. Kemudian cara untuk perap dan kukus ayam untuk pastikan ayam tu masak sempurna bila kita bakar nanti. Lepastu kita sediakan pula kuah percik dengan dimasak menggunakan susu isian sejat dari F&N. Anda boleh kongsi resepi ni dan juga kongsi kebaikan F&N dengan family dan kawan-kawan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart









