
Kek Coklat Moist Leleh
Kek Coklat Moist yang memang sangat popular dan menjadi kegemaran ramai. Nak membuatnya tidak susah juga boleh dikomersialkan dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk berniaga.
Bahan asasnya ialah kek coklat yang dikukus. Hasilnya memang kek yg sangat lembap dan lembut. Kalau nak bakar pun boleh. Kemudian, kita sediakan pula adunan coklat ganache untuk dituang ke atas kek coklat serta boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing. Kombinasi kek dan coklat ganache memang sangat terbaik.
Resepi ini akan menghasilkan kek coklat moist yang premium walaupun kita guna bahan-bahan yg tak terlalu mahal jika anda mengikuti jenama bahan2 yang Che Nom gunakan. Kalau nak tau jom tengok resepi ni sampai habis ok.
Nota: Kalau nak bakar, suhu oven 160°C masa 18-25 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing. Pastikan guna bekas aluminium jika bakar.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 biji telur
- 1 cwn gula kastor
- 1 sk esen vanila
- 1/2 cwn susu pekat
- 1 +1/4 cwn tepung gandum
- 1 cwn serbuk koko
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk serbuk penaik
- 1/4 sk garam halus
- 1 cwn susu krim penuh
- 1 cwn minyak jagung
- 1/2 sk serbuk kopi segera
- 1 sb air panas
- 350g coklat gelap compound
- 1 cwn susu cair
- 3 sb mentega
- 1Sukat tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam halus.
- 2Ayak kesemua bahan kering tadi dan ketepikan.
- 3Pecahkan telur dan pukul dengan gula.
- 4Masukkan esen vanilla dan sambung pukul sampai adunan kuning pucat.
- 5Masukkan susu pekat dan kacau lagi anggaran 2-3 minit.
- 6Masukkan adunan kering (yang ayak tadi) sedikit demi sedikit. Kacau sampai sebati.
- 7Masuk susu full cream dan kacau sebati
- 8Masukkan minyak jagung (boleh ganti dengan minyak sayuran, minyak canola atau minyak sawit) tujuan untuk lembabkan kek, kalau tidak kek akan kering.
- 9Tambah sedikit air kopi dan kacau sebati.
- 10Untuk bekas kek, Che Nom guna bekas plastik petak SQ450, hasilnya 7 bekas. Kalau nak bakar kek dalam oven boleh ganti dengan bekas aluminium.
- 11Senduk masuk adunan kek kedalam bekas, anggaran 3/4 penuh.
- 12Susun bekas dalam pengukus kemudian tutup dengan aluminium foil (takut wap air menitik kedalam kek).
- 13Kukus kek selama 15-20 minit atau sampai kek masak.
- 14Cucuk kek dengan lidi untuk test kek dah masak atau belum. Kalau lidi bersih maknanya kek dah masak kalau belum, sambung kukus 10 minit.
- 15Bila kek dah masak sejukkan.
- 1Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
- 2Letak mangkuk kaca (yang tahan panas) atas periuk tadi (double boil).
- 3Masukkan coklat dan mentega dalam mangkuk kaca.
- 4Kacau sampai coklat dan mentega cair.
- 5Masukkan susu cair (boleh ganti whipping cream untuk texture yang lebih sedap) dan air kopi. Kacau sampai coklat sebati.
- 6Tuang masuk coklat ganache atas sampai penuh bekas.
- 7Tabur coklat rice sebagai hiasan.
- •Masa pukul adunan kek, kalau nak senang sebati, masuk adunan kering sedikit demi sedikit dan mula kacau dari tengah mangkuk sampai larut dan baru kacau sampai ketepi.
- •Sebelum kukus tutup kek dengan aluminium foil (takut wap air menitik kedalam kek), kalau guna pengukus klasik balut penutup dengan kain.
- •Untuk double boil coklat, pastikan mangkuk tak kena permukaan air. Kita nak cairkan coklat dengan wap bukan rebus atas air. Kalau masak dengan suhu yang terlalu panas nanti coklat rosak, tak cair, berketul atau keras.
- •Untuk susu dalam coklat ganache boleh ganti dengan whipping cream. Texture coklat lebih cantik kalau guna whipping cream tapi kalau nak jimat boleh guna susu cair saja.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...
