ResepiCheNom
Soft Chocolate Chip Cookies

Resepi Soft Chocolate Chip Cookies

Prep 25 minMasak 15 minJumlah 40 minHidangan 11 biji

Soft Chocolate Chip Cookies sedap sangat kalau buat snek malam-malam, makan pulak masa fresh keluar dari oven lepastu cicah susu sejuk memang syahdu.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1/2 cwn / 113g mentega unsalted1/2 cwn / 113g mentega unsaltedlebih tepat dalam gram
  • 1/4 cwn / 50g gula perang (jadikan 1/2 cawan jika suka lebih manis)± 4 sudu besar± 4 sudu besar(1/4 cwn / 50g gula perang (jadikan 1/2 cawan jika suka lebih manis))
  • 1/4 cwn / 50g gula putih± ¼ cawan± 4 sudu besar(1/4 cwn / 50g gula putih)
  • 1/4 tsp garam1/4 tsp garam2g
  • 1 telur1 telur
  • 1 tsp esen vanila1 tsp esen vanila5g
  • 1 1/4 cwn / 160g tepung gandum± 1 ¼ cawan± 1 ¼ cawan(1 1/4 cwn / 160g tepung gandum)
  • 3/4 tsp baking soda3/4 tsp baking soda4g
  • 200g campuran coklat coins dan cip200g campuran coklat coins dan ciplebih tepat dalam gram

Cara Buat Soft Chocolate Chip Cookies

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan butter dalam atas api perlahan sampai cair.
  2. 2
    Gaul tepung gandum dan baking soda.
  3. 3
    Cincang kasar dark chocolate coin.
  4. 4
    Gaul sebati gula perang, gula putih, garam dan mentega cair, telur dan esen vanilla.
  5. 5
    Ayak bahan kering dan masuk dalam adunan cair.
  6. 6
    Gaul sebati sampai dapat doh yang pekat bertali.
  7. 7
    Masukkan semua coklat coin dan coklat chip. Kemudian kacau sebati.
  8. 8
    Tutup dan rehat dalam freezer 20-30 minit atau 1 jam dalam chiller.
  9. 9
    Gris Loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  10. 10
    Bentukkan doh dengan cookies scoop (saiz 5cm) atau bahagi kepada 10-12 biji.
  11. 11
    Susun atas baking tray. Kalau suka cookies yang leper boleh tunggu doh hilang sejuk atas soft dan tekan sikit biar rendah.
  12. 12
    Susun coklat chip atas cookies dan tekan biar melekat.
  13. 13
    Bakar suhu 190C selama 13-15 minit.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul): Soft Chocolate Chip Cookies (nipis)

  1. Panaskan air fryer pada 160°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut di atas kertas baking berlubang/liner (jika ada). Tinggalkan jarak 2–4 cm antara satu sama lain.
  3. Bakar pada 150–165°C selama 6–10 minit.
    • Semak awal pada minit ke-6 (sangat penting untuk biskut nipis).
  4. Bila siap, keluarkan dan biar rehat 3–5 minit (biskut akan terus ‘set’ bila sejuk).
  5. Ulang untuk baki adunan secara berperingkat; masa mungkin berubah sedikit bila air fryer sudah panas.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 cwn / 113g mentega unsalted bersamaan berapa cawan?
± ½ cawan (cawan US 240ml).
1/4 cwn / 50g gula perang (jadikan 1/2 cawan jika suka lebih manis) bersamaan berapa sudu besar?
± 4 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Masa cairkan butter api slow takut nanti tepi-tepi hangus, jadi pahit pulak nanti.
  • Kalau nak ganti dark chocolate coin dengan milk chocolate coin atau chocolate chip pon boleh.
  • Boleh jadikan 1/2 cwn gula perang kalau suka lebih manis.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Kalau suka nuts boleh tambah tapi kena kurangkan sikit gula.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi biskut yang tengah viral, iaitu Soft Chocolate Chip Cookies yang chewy texture nya tu. Chewy tu macam biskut lemau, tapi bukan lemau.

Ada beberapa tips untuk dapatkan bentuk yang tebal atau pon nipis. Kalau nak dapat yang nipis sangat tu kena letak lebih gula dan hasil pun memang sedap. Tapi kali ni Che Nom share versi yang tak nipis sangat, soft dan chewy juga tak terlalu manis dan memang sedap kalau kita makan cicah susu sejuk.

Makan sebagai snek di waktu malam lepas cookies keluar dari oven suam-suan panas tu memang best. Cookies ni memang kalau makan waktu fresh lebih sedap. Siapa peminat soft cookies jom lah cuba.

Diterbitkan pada 26 Jun 202456.8K paparan
Rating & Gambar Anda
Versi Premium
Rasai pengalaman memasak yang lebih terperinci, dengan pecahan bahan dan langkah lebih menyeluruh, teknik dan tip tambahan untuk hasil lebih sempurna. Dapatkan versi premium ini sebagai ahli berbayar.
Resepi Soft Chocolate Chip Cookies Brown Butter Resepi Chewy Meletup
Premium
Resepi Soft Chocolate Chip Cookies Brown Butter Resepi Chewy Meletup

Hanya ahli berbayar boleh akses versi premium ini.

Langgani

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru