
Kek Butter Cheese Ala Mita
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 250g Anchor Pure Butter Salted (suhu bilik)
- 170g Anchor Cream Cheese (suhu bilik)
- 200g gula kastor
- 4 biji telur (Gred A, suhu bilik)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar susu segar
- 220g tepung kek atau tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
- Secubit garam
- 20g keju cheddar parut (untuk hiasan)
- 1Sediakan loyang bersaiz 9x4 inci. Sapu nipis dengan butter dan lapik dengan kertas pembakar (baking paper). Lebihkan sedikit kertas di bahagian tepi supaya senang nak tarik kek keluar nanti. Ketepikan.
- 2Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170°C.
- 3Dalam mangkuk, satukan tepung kek, serbuk penaik, dan secubit garam. Ayak bahan-bahan kering ini supaya tekstur kek lebih lembut dan halus. Ketepikan.
- 4Dalam mangkuk pengadun, pukul Anchor Butter bersama gula kastor selama 3-4 minit sehingga adunan menjadi pucat dan kembang (creamy).
- 5Masukkan Anchor Cream Cheese yang sudah lembut dan pukul lagi selama 2-3 minit sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.
- 6Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati selepas setiap biji telur dimasukkan sebelum menambah yang seterusnya. Ini untuk mengelakkan adunan pecah atau berketul.
- 7Masukkan esen vanila dan putar sekejap sehingga sebati.
- 8Masukkan separuh daripada campuran tepung yang telah diayak tadi, dan kaup balik perlahan-lahan. Kemudian, masukkan susu segar dan kaup balik lagi. Akhir sekali, masukkan baki tepung dan kaup balik sehingga adunan sebati. Jangan terlebih gaul.
- 9Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaannya dengan spatula. Hentak loyang sekali dua untuk membuang gelembung udara.
- 10Taburkan keju cheddar yang telah diparut halus secara merata di atas permukaan adunan.
- 11Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 50-60 minit, atau sehingga masak sepenuhnya. Untuk periksa sama ada kek sudah masak, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi keluar bersih, kek sudah masak.
- 12Keluarkan kek dari oven dan biarkan ia sejuk di dalam loyang selama 5-10 minit.
- 13Pindahkan kek ke atas rak dawai (wire rack) dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba!
- •Pastikan butter, cream cheese, dan telur berada pada suhu bilik. Bahan-bahan yang sejuk akan membuatkan adunan berketul dan kek tak naik gebu. Bila semua bahan sebati sempurna, haba pun akan tersebar rata semasa membakar, menghasilkan tekstur kek yang lebih ringan dan gebu.
- •Selepas masukkan tepung, jangan gaul adunan terlalu lama. Cukup sekadar kaup balik sehingga sebati sahaja untuk elakkan gluten terhasil, nanti kek jadi keras.
- •Kalau nak dapatkan rekahan (crack) yang lurus dan cantik di atas kek, masa kek tengah membakar dan dah mula merekah, cepat-cepat keluarkan sekejap dan toreh satu garisan lurus di tengah permukaan kek menggunakan pisau tajam.
- •Kalau bahagian atas kek nampak dah nak hangit tapi bahagian dalam masih belum masak, jangan risau! Cuma tutup permukaan loyang dengan aluminium foil atau talam lain dan pindahkan kek ke rak paling bawah dalam oven untuk teruskan membakar.
- •Jangan potong kek semasa ia masih panas. Biarkan kek sejuk sepenuhnya di atas rak dawai (wire rack) supaya teksturnya 'set' dengan cantik dan tidak hancur bila dipotong.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kek Coklat Moist Leleh
undefined...
Diterbitkan pada 13 Januari 2025

Kek Coklat Moist Moist Ketagih Viral
undefined...
Diterbitkan pada 13 Januari 2025

New York Cheesecake
Cheesecake yang creamy dan lembut ni memang best untuk minum petang! Walaupun terkenal sebagai dessert yang mahal, resepi ni senang je nak buat dekat rumah kalau dah tahu teknik yang betul. Perfect untuk special occasion atau just nak enjoy dengan secawan kopi.
Diterbitkan pada 11 Januari 2025

Kek Pandan Gula Melaka
Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan lembut. Dihias pulak dengan toping lemak berkrim dan sirap gula melaka yang manis dan berlemak wangi. Sesuai dimakan sejuk-sejuk sambil minum kopi.
Diterbitkan pada 2 September 2024

Puding Kek Batik
Puding Kek Batik yang mudah dan sedap, sesuai untuk hidangan pencuci mulut di hari raya. Resepi ini tidak memerlukan pembakar atau mixer, malah boleh dicuba bersama anak-anak.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Kek Tapak Kuda
Cara membuat Kek Tapak Kuda yang tengah viral. Kek ini sangat halus, lembut, gebu dan premium. Diadun menggunakan kaedah all in one method dan ovalette, kek ini mudah digulung, tidak merekah dan sesuai untuk hidangan raya.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...