ResepiCheNom
Kari Sotong Sedap

Resepi Kari Sotong Sedap

Prep 15 minMasak 25 minJumlah 40 minHidangan orang

Kari sotong cara bonda Che Nom dulu-dulu, kuah pekat pedas berlemak dan tak muak. Bancuh serbuk kari dulu sampai pecah minyak, sedap makan dengan nasi putih.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 8-10 ekor sotong, anggaran8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 41 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Tumbuk Halus

  • 4 biji bawang merah4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • Bahan untuk rempah tumisBahan untuk rempah tumis
  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari

Cara Buat Kari Sotong

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. 2
    Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  3. 3
    Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  4. 4
    Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Kari Sotong yang selalu disediakan oleh bonda Che Nom masa dulu-dulu, sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih sahaja tanpa lauk lain. Dalam resepi ni, Che Nom tambah serbuk cili supaya kuah kari tidak terasa muak, sebab memang kari sotong sangat sedap jika kuahnya pedas.

Sangat penting dalam masakan kari cara melayu ialah bancuh serbuk kari bersama sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Tapi jangan sampai hangus pula sebab nanti kari akan terasa pahit.

Untuk bahan tumbuk pula, jika tak ada lesung batu boleh aja dihiris nipis bahan-bahan tersebut. Jika perlu bantuan anda boleh ajuka soalan di ruangan komen, Che Nom akan cuba jawab ye.

Diterbitkan pada 13 November 201547.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru