Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak
Sotong masak hitam ala mamak ni pekat berempah, manis sotong putih lagi padu kalau ada telur. Sedap gila makan dengan nasi kandar atau nasi berempah.

Bahan-bahan
Cara Buat Sotong Masak Hitam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan sotong dan toskan. Sotong jangan dipotong sebab kita nak masak sotong seekor-seekor.
- 2Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan, daun kari, dan bahan-bahan rempah tumis.
- 3Kemudian masukkan bahan-bahan kisar halus dan kacau sehingga kekuningan serta naik bau.
- 4Masukkan pula cili kisar dan masak seketika.
- 5Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sotong. Tuang kicap secukupnya.
- 6Masukkan bawang besar yang dikisar kasar tadi bersama sos tiram. Masak sehinga kuah pekat.
- 7Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 300 kcal
- Protein
- 17.5 g
- Karbohidrat
- 26.5 g
- Lemak
- 13 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 12 g
- Natrium:
- 970 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 500 g sotong dianggar untuk 5 orang.
- Resepi tidak senaraikan minyak menumis — dianggar 4 sudu besar.
- 'Kicap manis secukupnya' dianggar 3 sudu besar; garam 1 sudu kecil, gula 1 sudu besar.
- Lauk sahaja; nasi tidak dikira.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sotong harus ditos airnya supaya nanti kuah masak hitam tidak terlalu berair. Ini adalah kerana sotong itu sendiri akan mengeluarkan air apabila dimasak.
- Kalau nak gantikan hirisan tomato dengan tomato puree pun boleh juga.
Pengenalan
Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak, walaupun tak sama 100% untuk cara dan bahannya tetapi hasilnya sangat sedap dan sesuai dimakan bersama nasi kandar, nasik minyak, nasi tomato atau nasi berempah yang lain.
Kalau boleh gunakan sotong putih yang besar dan ada telur yang penuh di dalamnya kerana isi sotong putih adalah tebal, manis dan telur sotong rasanya sangat sedap apabila dimasak. Itulah jenis sotong yang biasanya dipilih untuk masakan ini.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









