Resepi Sambal Tumis Sotong Dan Petai
Sambal Tumis Sotong dan Petai ni masak sotong tanpa minyak dulu bagi keluar air, jadi sambal lebih pekat dan sotong kekal lembut tak kecut.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Tumis Sotong Dan Petai
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan sotong dan masak di atas kuali tanpa minyak sehingga keluar airnya, tapi jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong akan menjadi keras.
- 2Asingkan sotong dan airnya ke dalam bekas berasingan.
- 3Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
- 4Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
- 5Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula melaka dan air sotong tadi.
- 6Masukkan pula sotong dan petai.
- 7Macau sehingga petai sedikit layu. Kalau suka petai rangup, masak sekejap sahaja.
- 8Perasakan dengan garam secukupnya.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 410 kcal
- Protein
- 19 g
- Karbohidrat
- 23.5 g
- Lemak
- 26.5 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 850 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 5 ekor sotong dianggar cukup untuk 5 orang sebagai lauk.
- Minyak tidak disenaraikan walaupun sambal tumis wajib guna minyak; dianggar 1/2 cawan (115 g).
- 5 ekor sotong dianggar 600 g berat penuh, 80% isi boleh dimakan.
- Cili kisar dan petai '1 mangkuk' dianggar 250 g dan 150 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Masak sambal dengan minyak yang banyak supaya cili masak dengan sempurna dan sedap.
- Lebihan minyak boleh dibuang kemudian selepas sambal masak.
Video
Pengenalan
Sambal Tumis Sotong Petai yang kaedah ialah dengan masak sotong tanpa minyak dahulu sehingga keluar airnya supaya sambal menjadi pekat, sotong tidak menjadi kecut dan lembut.
Air yang keluar semasa proses memasak sotong tanpa minyak boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah sambal, tapi jika anda tidak suka kan air sotong tersebut boleh dibuang sahaja kerana bagi sesetengah orang rasanya agak kuat.
Sila rujuk video di youtube Che Nom pada link di bawah untuk rujukan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









