Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Siput sedut masak lemak cili api yang pedas berlemak, memang padu dengan santan segar. Che Nom tunjuk cara bersihkan siput belitung supaya hasilnya bersih dan sedap.

Bahan-bahan
Bahan Siput Seduk Masak Lemak Cili Api
- 700g siput belitung
- 4 cawan santan sederhana cair
- ATAU 2 kotak kecil santan + air
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1-2 ketul kunyit hidup
- 1 batang serai
- 1/2 inci halia
- 8-10 tangkai cili padi
- 1 helai daun kunyit
- 1 asam keping
- Garam secukup rasa
- Serbuk seasoning, jika suka
Cara Buat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 290 kcal
- Protein
- 10.5 g
- Karbohidrat
- 7 g
- Lemak
- 25 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 1180 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 700 g siput belitung dianggar cukup untuk 4 hidangan.
- Siput bercangkerang dikira hanya ~25% isi boleh dimakan.
- Santan 4 cawan sederhana cair menyumbang hampir semua lemak.
- Garam secukup rasa dianggar 1 1/2 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk siput muntahkan pasir dalam siput tu rendam dengan air garam dan tutup selama 30 minit. Che Nom ada baca petua gaul siput dengan kelapa parut semalaman tapi renyah jadi Che Nom guna cara yang mudah kalau nak cuba masak.
- Petua untuk elak santan pecah minyak, boleh letak garam masa awal-awal masak.
- Boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung) untuk masakkan lebih berlemak.
- Bila santan dah mula mendidih, kerap kacau untuk elak santan pecah.
Video
Pengenalan
Anda pernah makan siput Belitung. Kalau pernah makan, tahu kah macam mana cara untuk bersihkan siput ni. Kalau tidak pernah cuba, Che Nom sarankan anda cuba makan. Rasanya memang sedap tambah-tambah lagi kalau kita buat masak lemak cili api. Pedas dan lemak rasanya.
Siput ni bila sudah dimasak biasanya kita panggil siput sedut. Bila dijual biasanya peniaga akan panggil siput belitung. Dalam resepi ni Che Nom nak tunjuk macam mana cara nak bersihkan. Sebenarnya ada macam-macam cara, dan ini cuma salah satu caranya. Boleh lah kalau nak cuba buat rujukan, InsyaAllah bersih hasilnya.
Bila kita buat masak lemak cili api, dengan bahan-bahan kisar beserta santan yang fresh tu memang sedap sangat.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









