ResepiCheNom
Kari telur

Resepi Kari Telur

Prep 10 minMasak 30 minJumlah 40 min

Kari telur menu simple tapi memang terangkat kalau makan dengan nasi panas. Sesuai sangat sebagai menu hujung bulan.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Kari Telur

  • 8 biji telur8 biji telur
  • 1 cwn minyak masak1 cwn minyak masak
  • 2-3 biji bawang merah kecil (bawang goreng)2-3 biji bawang merah kecil (bawang goreng)
  • 3 biji bawang merah kecil3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia1/2 inci halia
  • Rempah 4 sekawan **Rempah 4 sekawan **
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 1 sb cili kisar1 sb cili kisar
  • 2 sb serbuk kari daging2 sb serbuk kari daging
  • 1 sk serbuk kunyit (pilihan)1 sk serbuk kunyit (pilihan)
  • 1-2 biji kentang1-2 biji kentang
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • Sedikit air asam jawaSedikit air asam jawa
  • 3 cwn santan sederhana cair3 cwn santan sederhana cair
  • ATAU 1/2 santan kotak kecil (tambah air)ATAU 1/2 santan kotak kecil (tambah air)
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 10 tangkai cili padi10 tangkai cili padi
  • Daun ketumbarDaun ketumbar

Bahan Rempah 4 Sekawan

  • 3 biji buah pelaga3 biji buah pelaga
  • 2 cengkih2 cengkih
  • 1 bunga lawang1 bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis1 kulit kayu manis

Cara Buat Kari Telur

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kentang, tomato dan daun ketumbar.
  2. 2
    Hiris nipis bawang merah kecil (untuk homemade bawang goreng).
  3. 3
    Tumbuk halus bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  4. 4
    Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan serbuk kunyit.
  5. 5
    Rebus telur sampai masak kemudian kupas kulit dan kelar sikit.
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing.
  7. 7
    Goreng pulak bawang merah kecil sampai keperangan.
  8. 8
    Tumis bahan tumbuk, rempah 4 sekawan dan sedikit daun kari sampai naik bau.
  9. 9
    Tambah cili kisar dan tumis sampai garing.
  10. 10
    Tambah air 2-3 kali kemudian ulang tumis sampai pecah minyak.
  11. 11
    Masukkan kentang dan masak sampai empuk.
  12. 12
    Masukkan tomato, air asam jawa, santan fresh, garam dan serbuk perasa.
  13. 13
    Masukkan telur rebus dan reneh perlahan-lahan sampai santan pecah minyak.
  14. 14
    Tabur masuk cili padi, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
  15. 15
    Tutup api dan tudung periuk supaya aroma tak keluar.
  16. 16
    Bila kuah dah suam, bolehlah hidang dengan nasi panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau nak beli buah pelaga yang good quality cari yang hijau, baru fresh.
  • Kalau nak kupas kulit telur dengan mudah, masa rebus tu tambah cuka sikit.
Video
Pengenalan

Resepi telur kali ni masakkan yang mudah ha sesuai lah sebagai menu hujung bulan atau menu tunggu gaji. Nampak je simple alah kari telur tapi kan kalau kena cara masaknya, pekat-pekat kuah tu masam pedas berempah memang terangkat makan dengan nasi panas.

Kelainan kari ni telur rebus tu kita goreng dulu sebelum masak dalam kuah kari ehh memang sedaplah buat macam tu. Bawang goreng fresh pon memainkan peranan penting untuk aroma kari telur rebus ni.

Sesiapa yang rumah bujang atau yang baru nak berjinak-jinak masak pon ha bolehlah cuba. Masaklah ramai-ramai baru meriah, kuah banyak boleh makan banjir. Jomlah cuba.

Diterbitkan pada 23 September 202415.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru