Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api
Udang galah masak lemak cili api yang padu, kuah berlemak pedas dengan aroma daun kunyit segar memang naik selera. Guna udang segar, lagi manis dan sedap.

Bahan-bahan
Cara Buat Udang Galah Masak Lemak Cili Api
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan udang dan potong janggutnya. Ketepikan.
- 2Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
- 3Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.
- 4Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi masak lembut, terus tutup apinya.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 225 kcal
- Protein
- 16.5 g
- Karbohidrat
- 6 g
- Lemak
- 14.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 680 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 1 kg udang galah sebagai lauk dianggar 6 hidangan.
- Udang galah bersama kepala dan kulit dikira 45% isi boleh dimakan.
- 1 mangkuk santan pekat + 1 mangkuk santan cair dianggar 250 ml setiap satu.
- Garam secukup rasa dianggar 1.5 sudu kecil; bawang putih pilihan dikira separuh.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air)
- Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.
- Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.
Video
Pengenalan
Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api yang memang sangat sedap dan membuka selera. Jika ada udang galah yang segar, boleh lah cuba masakan ini. Bagi Che Nom, masak lemak cili api yang sedap terletak kepada dua kunci utama iaitu seafood yang segar dan penggunaan daun kunyit yang segar dalam kuahnya. Aroma dari daun kunyit sungguh harum dan menyelerakan.
Cara penyediaan tidaklah susah sangat, cuma seperti yang disebutkan di atas tadi, penggunaan bahan-bahan yang segar amatlah penting. Ada resepi masak lemak cili api yang langsung tidak menggunakan bawang di dalam kuahnya, tetapi versi ini Che Nom memang gunakan bawang dalam resepi ini. Kalau tak suka kacang panjang boleh juga digantikan dengan nenas atau belimbing buluh. Anda boleh cuba dan diharap berpuas hati dengan hasilnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









