Kari Ayam Pedas Kuah Pekat Dan Likat

Harini jom kita masak kari, kari ni kalau sebelah utara biasa panggil gulai. Walaupun kari ayam ni masakan yg biasa aja dimasak di rumah, tapi Che Nom buat video ni khas untuk rujukan sesiapa yang baru nak belajar. Kari ayam ni kalau tak kena cara masaknya pun boleh jadi kurang sedap juga.

Yang penting, kita mesti masak rempah dgn elok, sampai betul-betul masak pecah minyak, rempah pun menyerap pad disi ayam dan padai balance kan rasa dengan bahan-bahan lain. Che Nom suka kari yang berkuah sederhana pekat, sedap kalau makan dengan nasi panas, makan cicah roti pun sedap.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • ½ - 1 ekor ayam
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji kentang
    • 2 inci halia
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 1-2 tangkai daun kari
    • 5 sb rempah kari daging
    • 1-2 sb serbuk cili
    • Sedikit air asam jawa
    • ¾ santan kotak
    • Air secukupnya untuk kuah
    • Garam secukup rasa
    • Perasa, jika suka
    • Rempah 4 sekawan:
    • 1 batang kayu manis
    • 4 kuntum cengkih
    • 2 bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kari:
    1. Hiris nipis bawang besar (boleh ganti bawang holland).
    2. Kentang, kupas kulit dan potong kepada 2 atau 3 bahagian.
    3. Hiris nipis halia, bawang putih dan bawang merah kecil, kemudian tumbuk dalam lesung batu sehingga lumat (boleh kisar dalam blender)
    4. Bancuh rempah kari daging, serbuk cili dengan sedikit air sehingga sebati.
    5. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan hirisan bawang besar sampai bawang layu/lembut.
    6. Masukkan bahan tumbuk halus, daun kari kemudian kacau sampai kekuningan dan naik bau.
    7. Masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai pecah minyak dan garing.
    8. Tambah 2-3 kali air dan ulang tumis sampai kering dan garing.
    9. Masukkan ayam dan tutup sehingga ayam setengah masak atau kecut.
    10. Masukkan ubi kentang dan masak ketang dalam 3-4 minit.
    11. Masuk santan dan air secukupnya untuk kuah (lebihkan air kalau nak lebih cair).
    12. Jangan lupa garam dan air asam jawa. Boleh tambah perasa jika suka.
    13. Kari sedia untuk dihidang.

Tip:

  • Goreng bawang besar sampai layu, jangan sampai garing. Bawang akan bagi rasa manis dalam kuah nanti.
  • Untuk menumis pastikan kuali tebal, supaya masak sekata dan tak cepat hangus.
  • Kalau nak pekatkan kuah kurangkan air, kalau nak cair lebihkan air.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.