
Gulai Ikan Tongkol
Harini Che Nom masak gulai tapi bukan sebarang gulai, gulai ikan tongkol atau ikang aye untuk dipadankan dengan nasi dagang. Lauk ni memang sangat sedap ye sebab kuahnya pekat berempah, dengan rempah khas dari pantai timur, rasa yang berlemak. Memang lain sangat dari kari style India atau kari melayu yang biasa dimasak.
Dalam komen di video Youtube ramai yang bagi cadangan supaya tak perlu tumis dengan minyak bahan-bahan kisar, sebabnya kalau masak agak lama minyak dari santan tu akan keluar. Tapi untuk kali ni Che Nom gunakan cara menumis dengan minyak supaya baunya lebih harum, dan lebih praktikal untuk masakan harian kerana tak perlu tunggu lama, lagipun cara ni tak perlukan jumlah santan yang banyak. Insyallah satu hari nanti Che Nom akan cuba cara tanpa tumis pula, terima kasih atas maklumbalas dari anda semua.
Kalau versi Terengganu, kuahnya lebih kepada warna merah (jika tak silap Che Nom) dan kalau style kelantan kuning sikit warna kuah nya..betul ke. Apa-apa pun memang sedap rasa gulai ni kalau dimakan bersama dengan nasi dagang. Anda harus cuba.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 sk garam
- Sedikit air
- 1/2 sb halba
- 8-10 tangkai cili padi
- 1 kg ikan tongkol
- 1 cawan air asam jawa
- 2-3 ulas bawang putih
- 1/2 inci lengkuas
- 3 keping asam gelugor
- Air secukupnya
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 ketul kunyit hidup
- 3 sb rempah gulai
- Santan dari 1 biji kelapa
- 2-3 senduk cili kisar
- Air rebusan ikan
- 2 sb gula nisan
- 1-2 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa
- 2 sb kerisik
- 1Potong dan basuh ikan dengan air bancuhan asam jawa. Kemudian bilas dengan air.
- 2Potong kasar bawang putih dan lengkuas
- 3Masukkan ikan tongkol, asam keping, bawang putih dan lengkuas ke dalam periuk.
- 4Masukkan air agak-agak tengelam, garam dan rebus anggaran 15-20 minit atau sampai ikan masak.
- 5Bila ikan dan masak, asingkan ikan dan air rebusan.
- 6Air rebusan simpan untuk dimasuk dalam kuah gulai.
- 1Potong kasar bawang merah besar, bawang merah kecil, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup.
- 2Masukkan bahan potong kasar dan sedikit air ke dalam blender dan kisar halus.
- 3Untuk rempah gulai Che Nom guna Cap Bunga Rose. Bancuh rempah dengan air dan kacau sebati.
- 1Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan biji halba. Masak sampai bahan kisar garing.
- 2Masukkan cili kisar dan kacau sampai sebati.
- 3Masukkan sedikit air rebusan ikan dan bancuhan rempah gulai. Kemudian tumis sampai kering dan pecah minyak.
- 4Tambah air 2-3 kali dan ulang masak sampai bahan tumisan kering.
- 5Masukkan gula nisan dan kacau sampai garing.
- 6Bila dah garing, masukkan santan dan asam keping kemudian masak sampai kuah mendidih.
- 7Masukkan semua air rebusan ikan dan garam.
- 8Bila gulai dah mendidih (anggaran 10 minit) masukkan kerisik dan terus reneh sampai minyak terapung di permukaan.
- 9Masukkan ikan tongkol rebus dan masak lagi anggaran 10 minit biar sebati.
- 10Bila dah mendidih tabur cili padi (cili padi tak perlu buang tangkai) dan tutup api.
- •Kalau nak kuah pekat boleh tunggu kepala santan naik dan kaut yang pekat (yang terapung di atas). Yang cair di bawah boleh tambah untuk lebihkan kuah.
- •Tips untuk sukatan untuk 1kg ikan kita guna santan dari 1 biji kelapa dan lauk untuk 1kg beras nasi dagang.
- •Tips untuk lebih sedap masak lauk sehari awal. Kalau kita nak makan untuk esok, hari ni kita dah masak siap-siap dan esok kita panaskan. Rasanya lebih sedap dan pecah minyak elok.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Briyani Ayam
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni, Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan m...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga. Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang...
Diterbitkan pada 26 Julai 2018

Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar
Kali ni kita tengok cara masak Nasi Arab Kabsah Ayam, style Chef Ammar yang masak dari hati dan masak with iman. A...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Daging Briyani
Resepi Daging Briyani ...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Ayam Percik
Ayam percik bersalut kuah pedas susuai untuk hidangan dibukan Ramdhan, cukup dengan rasa rempah pekat berlemak. Bila dipanggang, hasilnya sungguh mantap, isi ayam kekal moist dan lembut.
Diterbitkan pada 22 April 2024

Rempeyek Kacang
Cara membuat Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis yang rangup dan sedap, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun nampak mudah, ia memerlukan sedikit kesabaran untuk menggoreng sehingga habis. Rempeyek yang sedap mempunyai ciri-ciri tidak terlalu tebal, cukup rasa masin dan lemak, serta topping yang banyak.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!