Resepi Nasi Briyani Ayam
Nasi briyani ayam istimewa Raya, ayam berkuah pekat berempah dan harum. Nasi basmathi dimasak cara baru lebih berperisa, siap sekali dengan acar mentah.

Bahan-bahan
Cara Buat Nasi Briyani Ayam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 8 hidangan
- Kalori
- 1110 kcal
- Protein
- 37.5 g
- Karbohidrat
- 118.5 g
- Lemak
- 49 g
- Serat:
- 5.5 g
- Gula:
- 30 g
- Natrium:
- 1430 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 1½ ekor ayam + 4 cawan beras dianggar 8 hidangan.
- Termasuk ayam briyani, nasi dan acar sebagai satu pinggan penuh.
- Minyak sapi (5 sudu besar keseluruhan) dan 1 cawan kismis menaikkan kalori dan gula.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil setiap komponen.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Selain susu cair, boleh juga digantikan dengan susu full cream ke dalam ayam briyani.
- Tumis pes kisar bawang besar untuk nasi briyani jika mahu lebih wangi baunya.
- Rendam beras basmathi dalam anggaran masa 15 minit sebelum di masak dan basuh beras 3-4 kali untuk buang kanji pada beras.
- Nisbah air untuk memasak nasi adalah 1½ cawan air bersamaan dengan 1 cawan beras.
- Petua untuk sedapkan nasi briyani adalah dengan menambah gula batu ke dalam nasi.
- Kuah ayam briyani yang dimasukkan dalam nasi tidak perlu kacau sekata, biarkan tuang secara bertompok dalam nasi.
- Selain pewarna oren dan kuning, boleh juga gantikan dengan saffron untuk menambah warna nasi briyani.
- Selain jus limau nipis dan pati oren sunquick, boleh juga tambah cuka kedalam acar mentah.
Video
Pengenalan
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni, Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan masak ayam dengan menggunakan rempah briyani. Memang hasil masakan ayam yang berkuah pekat, berempah, harum. Ha, memang sedap lah bagi Che Nom.
Kemudian kita masak pula nasi briyani guna beras basmathi, kalau nak cantik guna beras yang extra-long. Cara masak nasi briyani ni memang lain dari apa yang Che Nom pernah masak sebelum ni. Resepi baru cara baru lagi sedap dan lebih berperisa. Che Nom belajar dari video Chef Amer, Terima kasih Chef. Resepi acar mentah pun ada sekali.
**NOTA: Walaupun bahan nampak banyak, tapi sebenarnya banyak sama yang berulang-ulang digunakan di setiap bahagian
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









