ResepiCheNom
Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Prep 10 minMasak 1 jamJumlah 1 jam 10 minHidangan 5 orang

Daging Goreng Kunyit ni memang mudah dan sedap, Che Nom tambah serbuk ketumbar dan jintan putih bagi lagi wangi. Bawang putih masuk akhir supaya tak hangus dan rasa pahit.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1/2 kg daging1/2 kg daging
  • minyak, untuk menumisminyak, untuk menumis
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus2 ulas bawang putih, cincang halus
  • carrot, hiris memanjangcarrot, hiris memanjang
  • capsicum hijaucapsicum hijau
  • cili merahcili merah
  • 1 biji bawang besar, hiris membulat1 biji bawang besar, hiris membulat
  • daun bawang, hiris nipisdaun bawang, hiris nipis

Bahan Untuk Perapan

  • 1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit garamsedikit garam

Cara Buat Daging Goreng Kunyit

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris nipis daging, bersihkan dan tos airnya .
  2. 2
    Gaul dengan bahan-bahan perapan dan perap seketika.
  3. 3
    Goreng daging di dalam minyak sehingga kering airnya. Kacau perlahan supaya daging digoreng sekata.
  4. 4
    Apabila air daging sudah kering, masukkan bawang putih dan kacau sehingga bawang kekuningan.
  5. 5
    Masukkan carrot, diikuti capsicum dan cili merah.
  6. 6
    Masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang sedikit layu.
  7. 7
    Angkat dan tabur dengan hirisan daun bawang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Supaya daging tidak liat apabila dimasak nanti, pastikan daging dipotong mengikut arah yg bertentangan dengan garisan urat daging. Jika tidak daging akan liat dan susah empuk.
Video
Pengenalan

Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga. Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang dimasukkan, tapi Che Nom tambah juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih.

Dengan tambahan bahan-bahan tersebut, rasa daging akan lebih sedap dan wangi apabila digoreng nanti hasil daripada gabungan serbuk-serbuk rempah tersebut. Tapi jangan susah hati, kalau tak ada serbuk ketumbar dan jintan manis boleh sahaja abaikan dan cuma guna serbuk kunyit sahaja.

Bawang putih pula ditambah selepas kita goreng daging kerana nak pastikan bawang putih tidak hangus dan memberikan rasa pahit jika digoreng lama.

Diterbitkan pada 26 Julai 201896.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru