
Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar
Kali ni kita tengok cara masak Nasi Arab Kabsah Ayam, style Chef Ammar yang masak dari hati dan masak with iman.
Apa yang bezanya kabsah dengan nasi mandy, untuk kabsah resepi ni campuran rempah memang berbeza sikit, ada letak tomato puree jadi warna tu sedikit oren lah dan masakan ayam pun sedikit pedas sebab kita tumis sekali dengan cili dan ayam tu pulak kita masak sekali dengan nasi dan dihidang dengan sos harrah dan juga salad.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- ¼ cawan minyak masak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 6 ulas bawang putih
- ½ biji bawang holland
- 2 tangkai cili hijau
- 1 ikat daun ketumbar
- 1 sudu besar pes tomato paste ATAU 2 sudu besar puri tomato
- 2 sudu besar rempah kabsah
- 1 ½ ekor ayam
- 4 cawan beras
- 6 cawan air
- Pewarna oren atau saffron (pilihan)
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar minyak sapi
- Hirisan badam atau gajus (pilihan)
- Kismis
- 6 biji pelaga
- ½ sudu besar cengkih
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar serbuk cili
- ½ sudu besar serbuk kunyit
- 1 batang timun
- 1 biji tomato
- ½ biji bawang holland
- Daun ketumbar
- Serbuk lada hitam
- Gula
- Garam
- Jus lemon
- 8 tangkai cili padi
- 5 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili merah
- 1 biji tomato
- Daun ketumbar
- Jus lemon
- Gula
- Garam
- 1Sangai lada hitam, biji ketumbar, jintan manis, pelaga dan cengkih sehingga naik bau.
- 2Kisar kering bahan sangai sehingga halus.
- 3Tambah serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau dengan sekata.
- 4Panaskan minyak, masukkan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta bawang putih sehingga naik bau.
- 5Masukkan bawang holland dadu, hirisan cili hijau dan daun ketumbar.
- 6Tambah pes tomato, puri tomato, rempah kabsah dan sedikit air.
- 7Masukkan potongan ayam, lalu kacau sehingga ayam bersalut rempah tumis dan masak sehingga separuh masak.
- 8Masukkan air, pewarna oren atau saffron dan pati ayam (pilihan). Reneh ayam dalam anggaran selama 20 minit.
- 9Tambah garam secukup rasa.
- 10Masukkan beras basmathi dan kismis. Reneh sehingga agak kering diatas api sederhana.
- 11Tutup dan masak nasi sehingga masak diatas api yang perlahan.
- 12Sesudah masak, sapu permukaan nasi dengan minyak sapi.
- 1Masukkan potongan dadu timun, tomato, bawang holland, daun ketumbar, serbuk lada hitam, garam dan gula.
- 2Tambah jus lemon dan gaul sekata semua bahan.
- 3Simpan dan sejukkan dalam peti sejuk.
- 1Kisar kasar cili padi, bawang putih, cili merah, tomato dan daun ketumbar.
- 2Tambah jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul sekata bahan.
- 1Hidang nasi dengan hiasan cili hijau, hirisan lemon, kacang badam (pilihan), sos harrah beserta salad.
- •Sukatan air untuk masak nasi kabsah adalah 1 cawan beras bersamaan dengan 1 ½ cawan air.
- •Rendam beras basmathi terlebih dahulu sebelum dimasak iaitu dalam anggaran lebih kurang 15 minit atau 45 minit.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Briyani Ayam
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni, Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan m...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga. Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang...
Diterbitkan pada 26 Julai 2018

Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Mandi Ayam memadukan keharuman rempah Mandy buatan sendiri dengan ayam yang direbus, diperap, dan dibakar hingga lembut serta berjus. Dihidangkan bersama nasi basmathi wangi, sup ringkas, salad segar, dan sos Harrah pedas, menu ini sempurna untuk acara istimewa atau juadah keluarga, terutama pada bulan Ramadan.
Diterbitkan pada 18 Januari 2025

Daging Briyani
Resepi Daging Briyani ...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Gulai Ikan Tongkol
Harini Che Nom masak gulai tapi bukan sebarang gulai, gulai ikan tongkol atau ikang aye untuk dipadankan dengan nasi dag...
Diterbitkan pada 1 Disember 2022

Ayam Percik
Ayam percik bersalut kuah pedas susuai untuk hidangan dibukan Ramdhan, cukup dengan rasa rempah pekat berlemak. Bila dipanggang, hasilnya sungguh mantap, isi ayam kekal moist dan lembut.
Diterbitkan pada 22 April 2024
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.