ResepiCheNom
Gulai Daging Utara Istimewa

Resepi Gulai Daging Utara Istimewa

Prep 20 minMasak 2 jamJumlah 2 jam 20 minHidangan 5 orang

Gulai Daging Utara ni pekat berempah, rasa macam gulai kawah kenduri kampung. Kalau tak ada rebung, boleh ganti batang pisang atau kentang, tetap sedap.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 kg daging bahagian tulang1 kg daging bahagian tulang
  • 1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
  • 2 sudu besar kerisik2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar minyak sapi1 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 senduk minyak masak1/2 senduk minyak masak
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair
  • daun karidaun kari
  • sedikit gula melakasedikit gula melaka
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga lawang
  • 2 btg cengkih2 btg cengkih
  • 6 biji buah pelaga6 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil lada hitam1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan Untuk Pes Rempah

  • 1 bungkus rempah kari daging1 bungkus rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara Buat Gulai Daging Utara

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
  2. 2
    Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis 'Bahan Kisar', daun kari dan 'Bahan Rempah Tumis' sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Bancuh 'Bahan Pes Rempah' dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
  5. 5
    Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rebus daging sehingga lembut dan sejukkan kuah rebusan, kemudian kuah boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda tidak suka gulai yang terlalu berlemak, buang lemak sejuk yang beku di permukaan.
Video
Pengenalan

Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Saya kongsikan Resepi Gulai Daging Utara yang sedap, lebih kurang sama dengan resepi gulai kawah yang dimasak di kenduri kendara.

Resepi asal adalah dari Chef Sabri yang terkenal dengan kepakaran memasak resepi ala kampung dan resepi ini mmg di olah dari resepi gulai kawah beliau. Rasa gulai daging ni memang mengingatkan kepada sedapnya gulai kenduri di kampung.

Jika tiada rebung, anda boleh gantikan dengan batang pisang, ataupun kentang.

Diterbitkan pada 6 September 201427.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru