ResepiCheNom
Gulai Daging Kawah

Resepi Gulai Daging Kawah

Prep 30 minMasak 2 jamJumlah 2 jam 30 minHidangan 10 orang

Gulai Daging Kawah ala kenduri, daging direneh perlahan sampai lembut dan meresap dengan kuah. Ditambah pulak kerisik dan santan segar. Cara kerisik homemade pun ada dalam resepi ni.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Daging Gulai Kawah

  • 1 kilo daging1 kilo daging
  • 1 cwn minyak masak1 cwn minyak masak
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 2-3 tangkai daun kari2-3 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 4 sb serbuk kari daging4 sb serbuk kari daging
  • 2 sb cili kisar2 sb cili kisar
  • 2-3 cwn santan cair2-3 cwn santan cair
  • ATAU air biasaATAU air biasa
  • 1 keping asam gelugor1 keping asam gelugor
  • 2 sb kerisik2 sb kerisik
  • 3-4 biji kentang3-4 biji kentang
  • 1/2 sb gula melaka1/2 sb gula melaka
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 2 cwn santan (dari 1/2 biji kelapa)2 cwn santan (dari 1/2 biji kelapa)
  • ATAU 1 kotak kecil santan segeraATAU 1 kotak kecil santan segera

Bahan Kisar Halus

  • 6-7 biji bawang merah kecil6-7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup1 ketul kunyit hidup
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas

Cara Buat Gulai Daging Kawah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah besar.
  2. 2
    Kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup, halia dan lengkuas.
  3. 3
    Potong kentang kepada 2-3 bahagian.
  4. 4
    Bancuh serbuk kari daging dan cili kisar (atau cili boh) dengan sedikit air.
  5. 5
    Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, daun pandan, daun kari dan bawang merah besar.
  6. 6
    Masukkan bancuhan rempah kari dan air, kemudian tumis sampai pecah minyak.
  7. 7
    Bila tumisan dah kering, ulang tambah air dan sambung lagi tumis.
  8. 8
    Masukkan bahan kisar halus dan masak sampai kering dan masak garing.
  9. 9
    Masukkan semua daging (api perlahan masa ni). Che Nom tambah biji kurma untuk lembutkan daging.
  10. 10
    Masukkan santan cair (atau air biasa kalau pakai santan kotak) dan asam keping.
  11. 11
    Sementara tunggu daging masak, Che Nom sangai kelapa parut (1/2 biji kelapa) sampai perang, ringan dan ranggup.
  12. 12
    Bila dah sangai, cepat-cepat tumbuk masa masih panas (tapi Che Nom kisar je dengan blender kering).
  13. 13
    Dalam gulai kawah tadi masukkan kentang, kerisik, gula nisan, garam dan santan pekat.
  14. 14
    Sambung masak sampai mendidih, santan pecah minyak dan gulai pekat.
  15. 15
    Dah siap sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Che Nom guna daging potongan agak keras, potongan four quarters, ada banyak connective tissue. Gulai daging ni kurang sesuai kalau kita pakai bahagian yang lembut macam batang pinang.
  • Api perlahan sebab taknak daging terkejut, nanti connective tissue akan jadi keras dan lambat nak lembut
Video
Pengenalan

Sempena musim daging korban ni, jom tengok Che Nom share resepi Gulai Daging Kawah ala kenduri. Kalau sebelah utara gulai ni kuah kari merah, jangan confuse dengan gulai kuah kuning ye. Sebab ada banyak daging, dan kebetulan ada daging bahagian yang bukan prime cut iaitu bahagian yang keras dan agak liat jadi sesuai lah kalau kita buat masakan berkuah.

Kita reneh perlahan-lahan sampai daging meresap dengan kuah, dan masak lembut. Gulai daging ni bagi Che Nom kurang sesuai kalau pakai daging batang pinang. Yang banyak urat tu lebih sedap dan tak kering bila kita masak lama, juga ‘full of flavour’. Resepi ni menghasilkan gula kawah yang sedap, wangi, pekat dan cukup berlemak dgn santan segar dan kerisik juga homemade. Cara nak buat kerisik pun ada dalam resepi ni.

Diterbitkan pada 29 Jun 202499.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru