
Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik
Sempena hari raya Aidiladha jom kita tengok resepi Daging masak kurma. Kurma tu bukan buah kurma, tapi jenis campuran rempah yang memang khas untuk masakan yang namanya korma.
Lauk ni kalau dekat kampung Che Nom dulu memang wajib ada lah kalau kenduri, kuah tu mesti lah pekat dengan rempah korma yang ditumis sampai pecah minyak, gabung pula dengan rasa daging fresh yang dimasak lembut, kemudian dimasukkan santan untuk rasa kuah lebih berlemak. Ada satu bahan iatu ketumbar yang akan sedapkan lagi rasa masakan ini.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 inci halia
- 4 sb rempah kurma
- 5 kilo daging
- Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah kecil
- 3 akar ketumbar
- 1 batang karot
- 1 biji tomato
- 2 biji kentang
- 1-2 biji bawang merah besar
- 1-2 sb air asam jawa
- 3 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- Daun ketumbar
- 2 sb kerisik
- 1 mangkuk santan pekat
- ATAU 1 kotak kecil santan
- Garam secukup rasa
- 1Potong (pada ketulan besar) kentang, tomato, cili merah & hijau, lobak merah dan bawang besar.
- 2Potong kasar halia, bawang putih, bawang merah kecil. Hiris nipis daun ketumbar (untuk taburan), akar ketumbar asingkan.
- 3Tumbuk bahan potong kasar sampai halus (boleh kisar dengan blender kering). Bila dah lumat boleh masukkan akar ketumbar dan tumbuk sikit lagi.
- 4Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air dan ketepikan.
- 5Rebus daging dengan 2 cawan air sampai lembut.
- 1Sangai kelapa parut tanpa minyak sampai kekuningan. Api sederhana.
- 2Bila dah sedikit perang, perlahankan api dan kacau lagi 5 minit sampai perang sekata / perang pekat.
- 3Tumbuk / kisar masa kelapa parut masih panas sampai halus dan berminyak.
- 1Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk halus. Kacau sampai kuning dan naik bau.
- 2Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sampai garing. Boleh tambah sedikit air kalau takut hangit.
- 3Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging rebus, lobak merah dan bawang besar.
- 4Masak lagi sampai rempah meresap kedalam daging (anggaran 5-10 minit).
- 5Masukkan air rebusan daging, kentang, santan, air asam jawa, kerisik dan garam. Reneh lagi 5 minit
- 6Masukkan tomato, cili, dan hirisan daun ketumbar.
- •Potong kentang dan lobak merah pada ketulan besar supaya tak mudah hancur bila masak nanti.
- •Untuk beli daun ketumbar, cari yang ada akar dan bersihkan akar bersih-bersih.
- •Che Nom rebus daging dengna pressure cooker jadi daging cepat sikit masak.
- •Che Nom selalunya akan buat kerisik dalam 3 biji kelapa. Bila dan siap boleh pek nipis – nipis dan simpan dalam chiller. Bila nak guna boleh patahkan je.
- •Kalau tak suka daun ketumbar boleh ganti dengan daun sup.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat
Daging Masak Hitam kenduri, pekat, berempah, dan sangat menyelerakan.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Daging Masak Hitam Berempah
Daging Masak Hitam berempah sedap sangat kalau makan bersama nasi tomato atau nasi minyak, dipadankan pulak dengan jelatah timun memang wajib cuba.
Diterbitkan pada 15 Januari 2025

Daging Black Pepper
Daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni.
Diterbitkan pada 12 Julai 2024

Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.
Diterbitkan pada 3 Julai 2024
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.