Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Ayam

Resepi Kari Ayam Pedas Kuah Pekat Dan Likat

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 5 orang

Jom masak kari ayam pedas kuah pekat dan likat, gaya gulai utara. Kunci sedapnya tumis rempah sampai pecah minyak, lepas tu seimbangkan rasa sampai kuah jadi padu.

Kari Ayam Pedas Kuah Pekat Dan Likat

Bahan-bahan

Bahan

  • ½ - 1 ekor ayam½ - 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 3 biji kentang3 biji kentang
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil3 biji bawang merah kecil
  • 1-2 tangkai daun kari1-2 tangkai daun kari
  • 5 sb rempah kari daging5 sb rempah kari daging
  • 1-2 sb serbuk cili1-2 sb serbuk cili
  • Sedikit air asam jawaSedikit air asam jawa
  • ¾ santan kotak¾ santan kotak
  • Air secukupnya untuk kuahAir secukupnya untuk kuah
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Perasa, jika sukaPerasa, jika suka
  • Rempah 4 sekawan:Rempah 4 sekawan:
  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 4 kuntum cengkih4 kuntum cengkih
  • 2 bunga lawang2 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga

Cara Buat Kari Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Kari

  1. 1
    Hiris nipis bawang besar (boleh ganti bawang holland).
  2. 2
    Kentang, kupas kulit dan potong kepada 2 atau 3 bahagian.
  3. 3
    Hiris nipis halia, bawang putih dan bawang merah kecil, kemudian tumbuk dalam lesung batu sehingga lumat (boleh kisar dalam blender)
  4. 4
    Bancuh rempah kari daging, serbuk cili dengan sedikit air sehingga sebati.
  5. 5
    Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan hirisan bawang besar sampai bawang layu/lembut.
  6. 6
    Masukkan bahan tumbuk halus, daun kari kemudian kacau sampai kekuningan dan naik bau.
  7. 7
    Masukkan bancuhan rempah kari dan masak sampai pecah minyak dan garing.
  8. 8
    Tambah 2-3 kali air dan ulang tumis sampai kering dan garing.
  9. 9
    Masukkan ayam dan tutup sehingga ayam setengah masak atau kecut.
  10. 10
    Masukkan ubi kentang dan masak ketang dalam 3-4 minit.
  11. 11
    Masuk santan dan air secukupnya untuk kuah (lebihkan air kalau nak lebih cair).
  12. 12
    Jangan lupa garam dan air asam jawa. Boleh tambah perasa jika suka.
  13. 13
    Kari sedia untuk dihidang.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang

Kalori
570 kcal
Protein
28.5 g
Karbohidrat
27 g
Lemak
37 g
Serat:
4.5 g
Gula:
1.5 g
Natrium:
1040 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Julat ½-1 ekor ayam dikira pertengahan ¾ ekor (±1.1 kg bertulang), 65% isi boleh dimakan.
  • Minyak menumis tidak disenaraikan; dianggarkan 3 sudu besar.
  • ¾ kotak santan (±150 ml) menyumbang sebahagian besar lemak selain kulit ayam.
  • Garam secukup rasa dianggarkan 2 sudu kecil untuk seluruh periuk.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Goreng bawang besar sampai layu, jangan sampai garing. Bawang akan bagi rasa manis dalam kuah nanti.
  2. Untuk menumis pastikan kuali tebal, supaya masak sekata dan tak cepat hangus.
  3. Kalau nak pekatkan kuah kurangkan air, kalau nak cair lebihkan air.
Video
Pengenalan

Harini jom kita masak kari, kari ni kalau sebelah utara biasa panggil gulai. Walaupun kari ayam ni masakan yg biasa aja dimasak di rumah, tapi Che Nom buat video ni khas untuk rujukan sesiapa yang baru nak belajar. Kari ayam ni kalau tak kena cara masaknya pun boleh jadi kurang sedap juga.

Yang penting, kita mesti masak rempah dgn elok, sampai betul-betul masak pecah minyak, rempah pun menyerap pad disi ayam dan padai balance kan rasa dengan bahan-bahan lain.

Che Nom suka kari yang berkuah sederhana pekat, sedap kalau makan dengan nasi panas, makan cicah roti pun sedap.

Diterbitkan pada 23 Jun 202247.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru