
Biskut Semperit Klasik Petak
Kali ni Che Nom nak share resepi Semperit Klasik versi Panjang dengan rasa cukup sedap dan juga premium. Bila pegang tak mudah pecah, tapi bila digigit gebu dan cair di mulut. Rasanya berlemak, creamy, dan harum dari butter jenama Anchor.
Che Nom memang suka guna butter Anchor untuk buat biskut raya sejak dulu lagi. Biskut raya jadi auto sedap. Tak payah tambah susu tepung atau susu pekat ke apa lagi dah.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 227g / 1 cwn mentega bergaram
- 1 biji kuning telur
- 130g/ 1 cwn gula aising (boleh kurangkan 80-100 gram jika suka kurang manis)
- 1 sk esen vanila
- 120g/ 1 cwn tepung kastad
- 120g/ 1 cwn tepung jagung
- 20g/ sb tepung beras
- 125g/ 1 cwn tepung gandum (tambah sikit-sikit)
- Coklat urai warna warni
- 1Mentega potong dadu besar dan biarkan lembut tapi sejuk (soft cold butter).
- 2Telur pecahkan dan ambil kuning telur sahaja.
- 3Bila mentega dah lembut, tuang masuk mentega dalam mangkuk adunan dan tekan sampai lembut.
- 4Tuang masuk gula aising dan gaul sekata.
- 5Bila texture dah creamy, tuang masuk kuning telur,
- 6Masukkan esen vanila (atau ekstrak vanila)dan kacau sebati
- 7Tuang masuk tepung kastad dan kacau sampai serap dulu.
- 8Masukkan tepung jagung dan tepung beras kemudian perlahan-lahan kacau sampai jadi doh.
- 9Masukkan tepung gandum dan sambung gaul sampai dapat doh yang mudah dibentuk.
- 10Lapik loyang dengan kertas baking, sebab biskut semperit kan nipis je jadi senang la nak keluarkan
- 11Masukkan doh dalam acuan dan terap atas loyang.
- 12Lepas terap boleh potong ikut panjang mana yang anda suka.
- 13Akhir sekali hias dengan apa-apa yang anda suka sebagai hiasan, Che Nom suka tabur dengan coklat rice.
- 14Bakar dalam oven suhu 150°C selama 10-15 minit. Api atas bawah.
- 15Boleh sejukkan sebelum simpan dalam balang kedap udara.
- •Tepung kastad yang akan bagi biskut berwarna kuning, tapi kalau nak tambah pewarna kuning pon boleh jugak.
- •Selepas masukkan tepung tapi doh masih lembik, boleh tambah lagi sikit-sikit tepung gandum sampai dapat doh yang lembut dan mudah tekan dengan acuan.
- •Kalau terlebih letak tepung dan doh terkeras, boleh tambah butter lembut dan uli sampai lembut balik.
- •Nak guna mata acuan Janis macam mana pon tak kisah tapi Che Nom tak suka guna yang nipis sangat takut nanti mudah pecah. Che Nom suka yang bergerigi dan tebal sikit.
- •Ramai yang komen cakap terlalu manis, jadi untuk kurangkan rasa manis, boleh turunkan gula aising kepada sekitar 80-100 gram mengikut citarasa masing-masing.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Tepung kastard bole ganti dengan tepung lain ke?
UmumResipi ini menggunakan tepung kastad, tepung jagung, tepung beras, dan tepung gandum. Setiap tepung ada fungsi yang berbeza untuk tekstur biskut. Tepung kastad memberi rasa dan warna yang khusus kepada biskut semperit.
Kalau nak ganti tepung kastad, mungkin boleh cuba tepung lain, tetapi hasil akhirnya mungkin sedikit berbeza dari segi rasa dan tekstur. Biskut Semperit Klasik Petak ini direka khas dengan sukatan tepung kastad, jadi untuk dapatkan hasil yang terbaik, elok ikut sukatan yang diberi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Muruku Rangup Krup Krap
Bersempena Deepavali, Che Nom kongsi resepi muruku yang super rangup, sedap, dan mudah dibuat jika ikut teknik yang betul.
Diterbitkan pada 15 Januari 2025

Soft Chocolate Chip Cookies
Soft Chocolate Chip Cookies sedap sangat kalau buat snek malam-malam, makan pulak masa fresh keluar dari oven lepastu cicah susu sejuk memang syahdu.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Tart Nenas Cheese Bar
Tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar. Bahan asas nya sama mcm tart nenas biasa, cuma teknik untuk melapis tu yang sangat penting untuk guna cara yang mudah dan efficient.
Diterbitkan pada 15 Mei 2024

Rempeyek Kacang
Cara membuat Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis yang rangup dan sedap, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun nampak mudah, ia memerlukan sedikit kesabaran untuk menggoreng sehingga habis. Rempeyek yang sedap mempunyai ciri-ciri tidak terlalu tebal, cukup rasa masin dan lemak, serta topping yang banyak.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Biskut Double Chocolate Chips
Biskut Double Chocolate Chips yang rangup, penuh rasa coklat dan berlemak. Resepi mudah ini sesuai dibuat bersama anak-anak kerana tidak memerlukan acuan.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Biskut Kacang Mazola
Jom buat Biskut Mazola klasik yang mudah, sedap dengan rasa lemak masin dan manis secukupnya, sesuai juga untuk berniaga.
Diterbitkan pada 24 Mei 2023
Resepi Terbaru

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.
Artikel Terbaru

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...