ResepiCheNom
Rempeyek Kacang

Resepi Rempeyek Kacang

Prep 40 minMasak 40 minJumlah 1 jam 20 min

Cara membuat Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis yang rangup dan sedap, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun nampak mudah, ia memerlukan sedikit kesabaran untuk menggoreng sehingga habis. Rempeyek yang sedap mempunyai ciri-ciri tidak terlalu tebal, cukup rasa masin dan lemak, serta topping yang banyak.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 sb ketumbar biji1 sb ketumbar biji9g
  • 1 sb jintan manis1 sb jintan manis11g
  • 1 sb jintan putih1 sb jintan putih8g
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 25g ikan bilis± ¼ cawan± ¼ cawan(25g ikan bilis)
  • 1/2 sb serbuk seasoning1/2 sb serbuk seasoning6g
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1/2 cwn santan pekat1/2 cwn santan pekat120g
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • 1 cwn air (blender)1 cwn air (blender)240g
  • 1 cwn air (letak sikit-sikit)1 cwn air (letak sikit-sikit)240g
  • 1/2 paket / 250g tepung beras± 2 cawan± 1 ¾ cawan + 3 sudu besar(1/2 paket / 250g tepung beras)
  • 1/3 cwn tepung jagung1/3 cwn tepung jagung38g
  • 1/2 sb air kapur makan1/2 sb air kapur makan5g
  • Kacang tanahKacang tanah
  • Ikan bilisIkan bilis

Cara Buat Rempeyek Kacang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kisar kasar biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih, ikan bilis, serbuk seasoning, telur, santan pekat, garam dan air.
  2. 2
    Satukan tepung beras dan tepung jagung kemudian tuang masuk bahan kisar tadi. Kocak sampai sebati.
  3. 3
    Bancuh kapur makan dengan sedikit air dan tuang sikit air kapur dalam adunan.
  4. 4
    Tambah air sikit-sikit sampai adunan sedikit cair (Che Nom masuk 3/4 cwn).
  5. 5
    Panaskan minyak dan acuan sampai panas (api sederhana).
  6. 6
    Bila dah panas, tuang adunan rempeyek tadi atas acuan, ratakan bagi nipis kemudian susun kacang dan ikan bilis.
  7. 7
    Tuang lebihan adunan sebelum goreng.
  8. 8
    Celup acuan dalam minyak sambil goyang-goyang sikit.
  9. 9
    Kemudian cepat-cepat terbalikkan sebelah kacang dan ikan bilis.
  10. 10
    Bila dah perang sekata, bolehlah angkat dan toskan minyak.
  11. 11
    Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam balang kedap udara.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 sb ketumbar biji bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 9g (cawan US 240ml).
1 sb jintan manis bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 11g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Masa bancuh adunan tepung, kita kena pandai agak-agakla air, taknak cair sangat. Kalau pekat pon nanti rempeyek jadi tebal dan keras. Kalau tercair sangat, tambah tepung sikit-sikit.
  • Pastikan minyak banyak sampai tenggelam acuan.
  • Setiap kali nak tuang adunan, kena kacau-kacau sikit sebab kita nak elak tepung tu mendap. Kalau mendap nanti atas jadi cair bawah jadi pekat.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Orang meniaga biasanya tak letak santan sebab takut hapak bila lama simpan tapi kalau nak buat makan sendiri takdak masalah lah.
Video
Pengenalan

Assalamualaikum, jom tengok Che Nom buat kudap kudapan yang ramai suka makan terutama waktu musim perayaan waktu raya nanti lah kan. Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis.

Dulu-dulu selalu makan je tak tau pun macam mana nak buatnya. Ha sekarang Che Nom gigih belajar dan rupanya tak lah susah sangat cuma agak mencabar nak habiskan goreng aja.

Adunan mestilah dibancuh dengan biji-biji rempah dan juga bahan lain. Che Nom kisar kasar semuanya sebelum dibancuh dengan campuran tepung. Kita guna acuan yang panas dalam minyak, kemudian tuang & juga susun kacang dan ikan bilis, lepas tu goreng sampai rangup. Ada juga versi kacang dal dan kacang hijau. Rempeyek yang sedap mestilah tak terlalu tebal, cukup rasa masin, lemak, dan juga ada topping yang cukup. Baru lah sedap.

Diterbitkan pada 2 Mei 202455.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru