London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Diterbitkan pada 28 Disember 2025 • Dikemaskini pada 28 Disember 2025

Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.
Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan ikonik seperti Oxford Street dan Regent Street.
Ada yang siap panggil London sebagai ghost town.
Soalan yang selalu timbul sekarang ialah:
“Apa maksud London dah pulih?” Pulih daripada apa sebenarnya?
Keadaan London Selepas Covid: Memang Teruk
Selepas Covid-19, London antara bandar yang paling terkesan di Eropah.
Pelancong hilang hampir sepenuhnya, pekerja pejabat bekerja dari rumah, dan aktiviti runcit merosot teruk.
Di sekitar Oxford Street, Regent Street dan kawasan West End, banyak kedai:
-
Tutup sementara
-
Tutup terus
-
Atau kekal buka tetapi tanpa pelanggan
Sebab itu, banyak video pada masa tersebut menunjukkan jalan yang sunyi, kedai berlampu malap, dan suasana yang sangat berbeza daripada London yang biasa kita kenal.
Apa Maksud “London Sudah Pulih”?
Apabila Che Nom kata London sudah pulih, ia bukan bermaksud harga dah murah atau hidup dah senang.
Yang pulih ialah aktiviti bandar itu sendiri.
Hari ini:
-
Pelancong sudah kembali
-
Kedai-kedai di Oxford Street dan Regent Street hampir semuanya beroperasi semula
-
Kawasan Knightsbridge (sekitar Harrods) kembali sesak
-
Hampir tiada lagi kedai kosong seperti era pasca Covid
Dari segi crowd dan suasana bandar, London sudah hidup semula seperti sebelum pandemik.
Jadi Kenapa Che Nom Kata Tak Berbaloi Untuk Bercuti Sekarang?
Pulih dari segi suasana tidak bermaksud mesra untuk bajet pelancong.
Antara sebab utama:
1. Kos hotel sangat tinggi, terutama Zone 1
Hotel di kawasan pusat seperti Oxford Street, Regent Street, Westminster dan Kensington kini jauh lebih mahal berbanding sebelum Covid.
2. Duduk Zone 2 atau Zone 3 pun ada kos tersembunyi
Walaupun harga hotel lebih rendah, kos ulang-alik menggunakan Tube ke Zone 1 setiap hari tetap tinggi, terutamanya waktu puncak.
3. Airbnb semakin terhad
Di London, penyewaan entire home dihadkan kepada 90 malam setahun.
Bila kuota habis, listing akan disekat secara automatik.
Ini menyebabkan pilihan homestay berkurang dan harga meningkat.
4. Inflasi masih dirasai
Walaupun kadar inflasi menurun, harga makanan, groceries dan makan luar masih tinggi bagi pelancong.
Kesimpulan Che Nom
London bukan bandar yang mati seperti yang ditunjukkan dalam video lama era Covid.
Dari segi crowd, shopping dan suasana bandar, London memang sudah pulih.
Namun, untuk pelancong yang mencari percutian:
-
Bajet terkawal
-
Kurang stres
-
Nilai yang berbaloi
Ini bukan masa terbaik untuk London.
Trip ke London masih boleh dibuat, tetapi perlu datang dengan jangkaan yang realistik —
London hari ini hidup, tetapi mahal.