Bihun Goreng Legend

Kali ni jom tengok Che Nom nak masak menu simple atau nak kata menu klasik pun boleh tapi memang betul-betul sedap.

Masa beraya dan masa open house kita dah makan makanan yang semua heavy, berlemak dan berempah pasti dah dah jemu kan. Jadi lepas syawal, kita makan yang simple aja lah.

Che Nom share resepi bihun goreng style nenek-nenek dulu dengan cara/teknik menggoreng yang tak perlukan banyak tenaga sebab tak perlu kacau lama-lama. Che Nom hidangkan bersama dengan telur dadar sebangai pelengkap hidangan. Hasilnya bihun yang cukup lembut, pedas, ha semua cukup rasa lah. Sepinggan memang tak cukup kalau masak bihun macam ni.

Bahan-bahan:

  • 1 pek /450g bihun
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sb udang kering
  • 6 tangkai cili kering
  • 1 biji tomato
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sb gula
  • 1-2 sb air asam jawa
  • Sawi
  • Garam, secukup rasa
  • Serbuk seasoning
  • 2 biji telur

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara bihun goreng:
    1. Rendam bihun dengan air agak tenggelam. Bila bihun dah lembut boleh toskan air.
    2. Potong kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
    3. Rendam udang kering dalam air selama 5 minit.
    4. Gunting cili kering dan rebus sampai lembut.
    5. Tumbuk udang kering, bawang dan cili kering sampai hancur.
    6. Potong kasar tomato dan sayur sawi.
    7. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk kunyit sampai garing.
    8. Masukkan tomato, batang sawi dan gula.
    9. Ramas asam jawa dengan air dan tuang masuk dalam tumisan.
    10. Masukkan garam, serbuk seasoning, bihun dan air agak tenggelam.
    11. Masak atas api perlahan anggaran 5-10 minit atau sampai naik steam.
    12. Balikkan-balikkan dan kacau sebati.
    13. Masukkan daun sawi dan kacau sampai layu.
  2. Cara-cara telur dadar:
    1. Pecahkan telur dan kocok dengan serbuk kunyit dan garam.
    2. Panaskan kuali dan goreng telur nipis-nipis.
    3. Angkat telur goreng, gulung dan potong halus.
    4. Boleh hidang bihun goreng dan tabur telur dan cili potong sebagai hiasan.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: