
Kuih Cara Berlauk
Resepi Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi melayu yang pasti ramai menggemarinya, apa yang menarik mengenai kuih ini anda dapat merasakan lemak dan lembut(dari kuih cara), garing(dari bawang goreng), pedas(dari cili) pada masa yang sama. Kuih ni sangat menarik jika dihidangkan di majlis atau jamuan kerana rupanya yang berwarna warni. Di bulan ramadhan, pasti kuih ini mendapat permintaan yang tinggi selain dari kuih cara yang manis.
Cara bancuhan adalan sama sahaja dengan kuih cara manis, cuma ada harus sediakan inti terlebih dahulu sama ada daging ataupun ayam..ikut selera masing-masing. Kelurga Che Nom memang suka sangat makan kuih ni terutama sekali di bulan Ramadhan ketika berbuka puasa.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 300g daging atau ayam kisar
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit lada putih atau lada sulah
- 2 biji cili merah, hiris halus
- Bawang goreng
- daun bawang
- daun sup
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 4 cawan santan cair
- ½ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil pewarna kuning
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
- 2Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
- 3Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
- 4Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- 1Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
- 2Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
- 3Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
- 4Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Biskut Bangkit
Resepi Biskut Bangkit, biskut yang terkenal setiap kali Hari Raya. ...
Diterbitkan pada 20 Ogos 2013

Resepi Apam Nasi Che Nom
Kali ini Che Nom nak berkongsi resepi kuih tradisional atau kuih muih Melayu lah orang kata, iaitu apam nasi yang sangat...
Diterbitkan pada 12 April 2022

Biskut Semperit Dahlia Susu
Sebagai persediaan nak sambut raya pada tahun ni, jom lah kita buat biskut semperit susu ataupun mungkin sesetengah oran...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Sambal Belacan Padu
Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasanya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti seju...
Diterbitkan pada 3 Oktober 2022

Semperit Klasik
Hi Semua, ada yang tengah cari resepi biskut raya ke? Ke ramai yang dah buat biskut raya?. Kali ni Che Nom nak share re...
Diterbitkan pada 12 April 2022

Biskut Chocolate Chip
Jom kita tengok Che Nom sediakan biskut raya terpaling laris iaitu Biskut coklat Chips ala Famous Amos. Hasil biskut san...
Diterbitkan pada 28 April 2023
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!