Resepi Yong Tau Fu
Jom buat Yong Tau Foo pasar malam versi Che Nom, lengkap dengan kuah hitam manis beraroma udang dan kuah merah pedas berlemak bawang putih. Pekat, padu, memang ngam untuk berniaga.

Bahan-bahan
Cara Buat Yong Tau Fu
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 20 g
- Karbohidrat
- 41 g
- Lemak
- 14 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 13.5 g
- Natrium:
- 2400 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Item yong tau fu (makanan sejuk beku, sotong, kangkung) tiada kuantiti — dianggar 500 g item beku, 150 g sotong dan 200 g kangkung untuk 5 orang.
- Sos kacang dan sos manis adalah sos cicah; dikira 60% sahaja dimakan.
- 2 kiub pati ayam dan taucu/kicap menyumbang natrium tinggi.
- Gula nisan 1 keping besar dianggar 60 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kepekatan kuah merah boleh ditambah dengan bancuhan tepung tetapi jangan terlalu pekat kerana kuah akan menjadi lebih pekat apabila kuah sejuk.
- Petis udang boleh digantikan dengan belacan bakar untuk bahan kuah hitam.
- Bagi menambah kesedapan kuah hitam yang perlu adanya rasa yang cukup manis, letakkan antara gula nisan atau gula melaka ataupun gula perang ke dalam kuah.
- Kuah rebusan akan lebih sedap dengan menggunakan air rebusan stok ayam ataupun sayur berbanding dengan air putih sahaja.
Video
Pengenalan
Che Nom ni masih dalam mood rindu menu pasar malam, jadi kali ni jom kita tengok resepi untuk Yong Tau Foo berkuah hitam dan merah yang pekat dan mempunyai gabungan pelbagai rasa. Ada satu lagi jenis yang berkuah sup tapi Che Nom tak kongsi lah yang sup tu.
Kalau nak cerita pasal kuah, kuah merah perlu ada rasa pedas dan berlemak juga aroma dari bawang putih. Kuah hitam pula yang paling tentukan sedap tak sedap, kena ada rasa rasa manis, rasa udang dari satu bahan penting yang Che Nom akan tunjuk nanti. Dan juga gabungan perbagai bahan-bahan yang menggunakan soya tu betul-betul naikkan rasa sedap kuah hitam.
Bila kita hidang bersama kuah merah, memang lengkap lah rasa. Boleh buat berniaga!
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









