
Tom Yam Thai Campur
Resepi Tom Yam Thai Campur yang Che Nom kongsi kali ini adalah sejenis tom yam yang berkuah merah pedas atau "nam Khon" berbanding satu lagi jenis Tom Yam Thai yang berkuah putih atau "nam sai".
Dalam resepi ini kita masukkan susu cair dan akar ketumbar sebagai bahan utama penambah aroma. Juga kalau diikutkan cara orang Thai masak, mereka gunakan air rebusan ayam atau seafood sebagai bahan utama kuah tom yam, tetapi oleh kerana tidak ada air rebusan ayam Che Nom masukkan kiub ayam sebagai ganti, tidak ada sebarang masalah.
Selamat mencuba :)

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- air secukupnya
- Akar ketumbar
- 2 inci lengkuas
- 4-5 helai daun limau purut
- 2 batang serai
- cili padi, hiris atau tumbuk kasar
- 1 ketul kiub ayam
- karot
- 1 mangkuk isi ayam
- bawang holland
- 3 sudu besar pes tom yam
- cendawan tiram
- tomato
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 ekor sotong
- 7-8 ekor udang besar
- 1/4 cawan susu cair
- jus limau nipis dari 4 biji limau
- hirisan daun ketumbar, untuk tabur
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 1Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- 2Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, cendawan tiram yang diracik halus, tomato, sos ikan, sotong, udang dan susu cair.
- 3Kacau seketika tetapi jangan lama kerana takut udang dan sotong terlebih masak. Anggaran 30 saat sahaja.
- 4Masukkan jus limau nipis dan terus tutup api. Jus limau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti rasanya akan menjadi tidak enak.
- 5Taburkan dengan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma dan hiasan.
- •Bahan-bahan yang digunakan untuk tom yam haruslah segar kerana ia akan mempengaruhi rasa tom yam nanti. Pastikan seafood juga segar dan tidak berbau.
- •Untuk rasa lebih pedas, anda boleh tambah cili paste Thai, atau lebihkan cili padi di dalam kuah tom yam mengikut cita rasa masing-masing.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Tomyam Thai Istimewa
Resepi tomyam ini adalah versi tom yam kung yang berkuah pedas dan merah. Satu lagi versi tomyam adalah yang berkuah put...

Lala Masak Pedas
Resepi Lala Masak Pedas ni sangat mengingatkan Che Nom kepada Kg Baru, Kuala Lumpur. Kami sekeluarga selalu ke sana di h...

Yong Tau Fu
Che Nom ni masih dalam mood rindu menu pasar malam, jadi kali ni jom kita tengok resepi untuk Yong Tau Foo berkuah hitam...

Kerabu Kerang Ala Thai
Kali ni Che Nom nak share resepi seafood iaitu kerabu Kerang ala Thai. Hidangan ni sesuai sangat untuk sesiapa yang me...

Vietnamese Spring Rolls dan Sos Pedas
Vietnamese spring rolls dihidangkan bersama sos pencicah pedas ala Thai kegemaran Che Nom versi lemak dan pedas. Hidangan yang sihat dan senang untuk dicuba.

Shell Out
Resepi shell out mudah menggunakan seafood segar. Empat langkah utama: sediakan bahan asas, masak sambal tumis, celur seafood, dan goreng sotong tepung. Jika mahu lebih ringkas, sotong juga boleh dicelur.