ResepiCheNom
Vietnamese Spring Rolls dan Sos Pedas

Resepi Vietnamese Spring Rolls Dan Sos Pedas

Prep 45 minMasak 25 minJumlah 1 jam 10 minHidangan orang

Vietnamese spring rolls dihidangkan bersama sos pencicah pedas ala Thai kegemaran Che Nom versi lemak dan pedas. Hidangan yang sihat dan senang untuk dicuba.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Popia

  • bihun atau suhunbihun atau suhun
  • timuntimun
  • lada benggalalada benggala
  • daun bawangdaun bawang
  • daun ketumbardaun ketumbar
  • lobak merahlobak merah
  • kulit popiah vietnamkulit popiah vietnam
  • udangudang
  • jejari ketamjejari ketam
  • daun saladdaun salad

Bahan Untuk Sos Pencicah

  • 1 mangkuk kecil kacang tanah1 mangkuk kecil kacang tanah
  • 2 sudu besar minyak masak2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu besar sos cili3-4 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah2 biji cili merah
  • 2-3 tangkai cili padi2-3 tangkai cili padi
  • 2 cawan air2 cawan air
  • 2 sudu besar sos ikan2 sudu besar sos ikan
  • sedikit gulasedikit gula
  • 1/2-1 sudu besar tepung jagung1/2-1 sudu besar tepung jagung
  • 2-3 sudu besar jus limau nipis2-3 sudu besar jus limau nipis
  • secubit garamsecubit garam

Cara Buat Vietnamese Spring Rolls

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Vietnam Spring Rolls

  1. 1
    Rendam sekejap suhun.
  2. 2
    Potong timun, capsicum, daun bawang dan carrot nipis-nipis macam mancis (fine julienne) panjang anggaran 2 inci.
  3. 3
    Panaskan air sampai mendidih kemudian celur bihun, udang dan crabstick sampai masak. Kemudian bilas suhun dengan air sejuk.
  4. 4
    Belah 2 udang dan potong 2 crabstick (kalau taknak potong, nak masuk seketul pon boleh).
  5. 5
    Celup rice paper dalam air sekejap, anggaran 2-3 saat.
  6. 6
    Susun udang, salad, carrot, timun capsicum, daun ketumbar dan suhun..
  7. 7
    Gulung separuh kemudian letak daun bawang dihujung (biar daun bawang terkeluar) dan sambung gulung sampai habis.
  8. 8
    Ulang pulak dengan isi crabstick dan gulung kemas-kemas

Sos Pedas

  1. 1
    Sangai kacang tanah anggaran 5-10 minit atau sehingga perang.
  2. 2
    Buang kulit kacang dan kisar kasar.
  3. 3
    Cincang halus bawang putih dan cili merah (atau kisar kasar untuk lebih mudah).
  4. 4
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai kuning dan naik bau.
  5. 5
    Masukkan sos cili, air, sos ikan, cili yang dicincang halus tadi.
  6. 6
    Masak sekejap anggaran 1- 2 minit.
  7. 7
    Masukkan gula melaka, garam dan air bancuhan tepung jagung.
  8. 8
    Tutup api dan perah jus limau nipis.
  9. 9
    Hidang dengan kacang tanah kisar dan hirisan daun ketumbar.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh ganti sayur dengan sayur atau ulam-ulaman yang kita suka.
  • Tujuan kita bilas suhun lepas celur adalah sebab kita nak elak suhun melekat bila sejuk.
  • Che Nom kupas dulu kulit udang baru celur, nanti kita celup sekejap je dah masak.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Boleh tambah daun pudina dalam Vietnam spring rolls untuk rasa minty dan lebih sedap.
  • Balut cepat-cepat Vietnam rolls kalau tak nanti rice paper nanti jadi lembik dan melekit-lekit.
Video
Pengenalan

Vietnamese spring rolls resepi yang menarik sebab ada banyak sayur dan semuanya kita gunakan bahan-bahan yang segar. Ciri utama hidangan ni adalah kesemua bahan dibalut dengan kulit popia yang diperbuat daripada beras.atau dipanggil rice paper.

Tak perlu masak. Kita susun aja kesemua bahan udang ke crabstick ke atau isi ayam pon boleh disusun dgn sayur segar dan juga bihun ataupun suhun.

Lepas dibalut kemas boleh dihidangkan bersama sos pencicah pedas ala Thai kegemaran Che Nom versi lemak dan rangup.

Diterbitkan pada 28 Julai 202414.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru