Resepi Bubur Nasi Udang Istimewa
Bubur Nasi Udang Istimewa ni memang sesuai bila badan tak sihat dan tekak kurang selera. Guna udang segar bagi rasa manis, bubur pun jadi lagi sedap dan berkhasiat.

Bahan-bahan
Cara Buat Bubur Nasi Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan beras dan rebus bersama air yang secukupnya sehingga lembut.
- 2Masukkan udang, bawang putih, halia, karot, ubi kentang, serbuk lada dan kiub ayam. Masak sehingga sayur lembut. Tambah air dan teruskan masak supaya bubur benar-benar lembut. Masukkan garam secukup rasa.
- 3Hidang bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, daun bawang, cili potong dan kicap.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan
- Kalori
- 330 kcal
- Protein
- 13 g
- Karbohidrat
- 59.5 g
- Lemak
- 2.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 890 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 2 cawan beras (400 g) dianggar 6 mangkuk bubur.
- 1 mangkuk kecil udang dianggar 150 g isi.
- Hiasan (ikan bilis goreng, bawang goreng, kicap) dianggar dan dikira penuh.
- Garam dianggar 1 sudu kecil; kiub ayam dan kicap menyumbang baki natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom ada terbaca mengenai tips untuk dapatkan bubur nasi yang cepat masak dan lembut. Caranya ialah:
- Basuh beras dan masukkan ke dalam bekas. Isi air anggaran supaya beras tenggelam dan kemudian simpan di dalam peti sejuk beku. Bila nak masak cuma keluarkan dan masuk ke dalam periuk.
Pengenalan
Resepi Bubur Udang Istimewa yang selalu Che Nom sediakan untuk anak-anak jika rasa kurang sihat dan tidak berselera untuk makan.
Gunakan udang segar supaya rasa manisnya dapat menambahkan lagi kesedapan bubur nanti.
Sila rujuk bahagian tips untuk cara memasak bubur dengan cepat.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









