
Resepi Vietnam Roll Sos Hijau
Vietnam roll yang dicicah bersama dengan sos hijau yang lemak, masam dan pedas rasanya. Menu ni popular kalau buat berniaga, jadi kalau sesiapa yang nak cari duit poket boleh lah cuba.
Bahan-bahan
Cara Buat Vietnam Roll
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi yang bertemakan sayur pulak, sebab sebelum ni asyik daging dan asyik ayam je kan. Jom tengok cara nak buat Vietnamese spring roll atau Vietnam roll yang dicicah bersama dengan sos hijau yang lemak, berkrim dan pedas rasanya.
Untuk Vietnam roll kita guna rice paper yang diperbuat dari beras. Tak perlu masak, cuma rendam sekejap aja smpai lembut dan gulung, tapi kena bnyk praktis sebab kalau lembut sangat boleh koyak dan kalau keras pula susah nk gulung.
Inti pula boleh guna bahan-bahan yang kita suka. Sama ada nak letak salad, sayur dan ulaman, letak crabstick. Crabstick ni ramai org berniaga guna dan kalau nak lebih sihat boleh juga letak chicken grill.
Sos hijau nya memang padu, warna hijau tu datang dari 2 bahan iaitu ketumbar dan cili hijau. Sos ni ada rasa masam, manis, dan berlemak. Boleh bikin ketagih. Kalau dulu Che Nom dah share resepi sos merah, kalini kita buat sos hijau lah pulak. Menu ni popular kalau buat berniaga, jadi kalau sesiapa yang nak cari duit poket boleh lah cuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









