Tomyam Goong dengan Homemade Paste
Hi semua….harini Che Nom nak masak tomyam goong menggunakan perencah tomyam yang dibuat sendiri, guna semua bahan-bahan yang ada di sini. Memang another level lah.
Tomyam goong ni tomyam udang sebenarnya. Selain beli pes tomyam yang ready made dari Thai tu, Che Nom kadang-kadang buat sendiri pes tomyam dalam kuantiti yang banyak dan simpan. Untuk sesiapa yand suka masakan dari bahan-bahan semulajadi..tanpa pengawet..boleh cuba buat ni.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 3 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 2-3 biji cili merah besar
- 5-6 helai daun limau purut
- 15-20 tangkai cili kering
- 1 sudu besar udang kering
- 1 cawan pati asam jawa
- sedikit air jika perlu
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
- 3 sudu besar sos ikan Thai
- 1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka
- 2 biji tomato
- air anggaran 1 liter
- 2 hirisan akar ketumbar
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 2-3 helai daun limau purut
- anggran 3-4 sudu besar pes tomyam
- 10 tangkai cili padi
- cendawan tiram
- hirisan batang ketumbar
- 1/4 biji bawang holland
- 5-10 ekor udang segar
- 1 sudu besar sos ikan Thai
- sedikit garam
- 1/4 cawan susu cair
- 1/2 ketul kiub pati ayam
- 3-5 biji limau nipis (ikut saiz), ambil jus
- hirisan daun ketumbar
- 1Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
- 2Serai, buang bahagian keras dan ambil bahagian yang lembut kemudian hiris nipis.
- 3Lengkuas dan halia, buang kulit dan cincang kasar.
- 4Cili merah (optional) cincang kasar.
- 5Daun limau purut, koyang dan buang tulang tengah
- 6Cili kering, gunting, rebus dan buang biji.
- 7Udang kering, rendam dan toskan.
- 8Masukkan dalam blender cili kering, udang kering, bahan-bahan cincang kasar (halia, lengkuas, daun limau purut, serai, bawang dan cili merah), air pati asam jawa dan sedikit air.
- 9Kisar bahan-bahan tadi sehingga betul-betul halus.
- 10Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar halus tadi kemudian masak sehingga pecah minyak dan warna bertukar menjadi gelap sikit.
- 11Bila dah pecah minyak, masukkan serbuk ketumbar, sos ikan Thai dan gula melaka/nisan.
- 12Bila bahan-bahan dah sebati, tutup api. Tunggu sejuk dan boleh masukkan dalam balang.
- 1Serai, ketuk atau hiris menyerong.
- 2Lengkuas, hiris nipis.
- 3Cili padi, buang tangkai dan belah tengah (hujung sahaja).
- 4Tomato belah 4.
- 5Bawang holland, hiris nipis.
- 6Ketumbar, potong akar dan simpan (rebusan), hiris nipis daun dan batang ketumbar (hiasan).
- 7Perah dan ambil jus limau nipis.
- 8Udang, trim kepala udang, buang kulit tengah (bahagian ekor biarkan), belah bahagian belakang dan buang tali hitam.
- 9Tuang air dalam periuk.
- 10Masukkan akar ketumbar, lengkuas, serai dan daun limau purut.
- 11Masak sampai mendidih.
- 12Kemudian masukkan paste tomyum.
- 13Masukkan cili padi dan cendawan tiram.
- 14Masukkan batang ketumbar, bawang holland dan sos ikan.
- 15Masukkan udang.
- 16Tambah garam dan masukkan tomato.
- 17Tambah susu cair dan kiub pati ayam.
- 18Last sekali, tutup api dan masukkan jus limau nipis. Taburkan hirisan daun ketumbar.
- •Pastikan tutup api baru masukkan jus perahan limau nipis.
- •Jangan buang kepala udang , bahagian kepala yang beri tomyum goong rasa lebih sedap bila dimasak.
- •Boleh ganti susu cair dengan susu full cream ataupun santan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






