
Resepi Sup Ayam Istimewa
Sup Ayam Istimewa ni kuahnya lebih pekat dan beraroma sebab guna rempah ratus sendiri, bukan sup bunjut. Sedap makan dengan roti atau makaroni, memang sesuai untuk naikkan selera.
Bahan-bahan
Cara Buat Sup Ayam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak dalam periuk.
- 2Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Kacau perlahan sehingga naik bau dan pecah minyak.
- 3Masukkan ayam, kacau, tutup periuk dan biar sebentar.
- 4Kemudian masukkan air, lebih kurang 3-4 cawan atau agak-agak sehingga air tenggelam isi ayam. Biarkan sehingga mendidih.
- 5Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
- 6Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
- 7Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng apabila dihidang.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Sup Ayam Istimewa, lebih sedap dan pekat dari biasa kerana tidak menggunakan rempah sup bunjut seperti yang dijual di pasaran dan sebagai ganti, ramuan rempah ratus dimasukkan ke dalam sup ini.
Oleh kerana kuah nya yang lebih pekat, sup ini juga sesuai dimakan bersama roti ataupun makaroni berbanding kebiasaan kita makan ia bersama nasi.
Selain membantu menambah selera, sup ayam juga terkenal sebagai hidangan yang boleh membantu orang yang kurang sihat seperti demam atau selsema supaya cepat pulih kerana dipercayai mengandungi "immunity booster" yang semulajadi hasil dari rebusan tulang ayam atau "chicken bone broth" yang direneh perlahan di dalam sup. Jadi, bagi anda yang ingin mencari sedikit kelainan boleh lah cuba resepi di bawah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









