ResepiCheNom
Sotong Masak Kicap Berempah

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 min

Sotong Masak Kicap Berempah ni lain sikit dari masak kicap biasa, kuah pekat berempah ala daging hitam memang padu.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 8-10 ekor sotong, dibersihkan8-10 ekor sotong, dibersihkan
  • 3 sudu besar cili kisar3 sudu besar cili kisar
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik1 batang serai, dititik
  • 1 biji tomato, hiris nipis1 biji tomato, hiris nipis
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • kicap manis, secukupnyakicap manis, secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis1/2 biji bawang besar, hiris nipis

Bahan Untuk Dikisar Atau Tumbuk Halus

  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 2 biji bunga lawang2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 3 batang cengkih3 batang cengkih
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga

Cara Buat Sotong Masak Kicap Berempah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Angkat dan hidangkan.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.
  3. 3
    Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut. Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
  4. 4
    Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah ni agak istimewa dari masak kicap biasa. Kalau anda mencari sedikit kelainan untuk masakan sotong bolehlah mencuba.

Sotong yang ada telur di dalamnya lagi sedap. Sebenarnya masakan ni ala-ala masakan daging hitam, cuma diolah untuk sotong dan hasilnya sangat menyelerakan.

Sesuai dimakan bersama nasi putih atau yang berperisa seperti nasi tomato, nasi kunyit atau yang serupa dengannya :)

Diterbitkan pada 14 Disember 201411K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru