ResepiCheNom
Daging Masak Hitam Berempah

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 7 orang

Daging Masak Hitam berempah sedap sangat kalau makan bersama nasi tomato atau nasi minyak, dipadankan pulak dengan jelatah timun memang wajib cuba.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Kisar Halus

  • 6 ulas bawang putih6 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci halia1 ½ inci halia
  • 10 tangkai cili kering10 tangkai cili kering

Bahan Rempah 4 Sekawan

  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum cengkih2 kuntum cengkih

Bahan Lain

  • 700g daging700g daging
  • 1 sudu kecil jintan putih1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan manis
  • ½ cawan minyak masak½ cawan minyak masak
  • 1 ½ sudu besar minyak sapi1 ½ sudu besar minyak sapi
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari daging2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 biji tomato2 biji tomato
  • ½ cawan kicap manis½ cawan kicap manis
  • 1 biji bawang besar (kisar kasar)1 biji bawang besar (kisar kasar)
  • 2 sudu besar bawang goreng2 sudu besar bawang goreng
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • bawang goreng, untuk taburanbawang goreng, untuk taburan
  • daun ketumbar (optional)daun ketumbar (optional)

Cara Buat Daging Masak Hitam Berempah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kasar tomato.
  2. 2
    Hiris nipis sebiji bawang besar untuk tumis dan sebiji lagi potong kasar untuk kisar.
  3. 3
    Kisar halus bawang putih, halia dan cili kering.
  4. 4
    Kisar kasar bawang besar dengan sedikit air.
  5. 5
    Potong daging sederhana besar, potong arah lawan urat.
  6. 6
    Gaul daging dengan jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan sedikit air. Perap anggaran ½ jam dalam peti sejuk.
  7. 7
    Panaskan minyak masak dan minyak sapi (boleh ganti dengan butter).
  8. 8
    Tumis rempah 4 sekawan, daun serai (dititik), daun pandan, daun kari dan hirisan bawang besar. Tumis sekadari bawang lembut.
  9. 9
    Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kari daging.
  10. 10
    Masukkan hirisan tomato kemudian masak sampai pecah minyak dan kering.
  11. 11
    Masuk daging perap dan kicap manis. Masak sampai daging empuk.
  12. 12
    Masukan bawang besar kisar dan bawang goreng.
  13. 13
    Masukkan garam secukup rasa.
  14. 14
    Bila kuah dah pekat boleh tutup api dan hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selain tomato fresh, boleh ganti dengan tomato puree atau sos tomato.
  • Siapa ada pressure cooker boleh guna untuk masak daging ni sampai lembut.
Video
Pengenalan

Daging Masak Hitam berempah yang pekat kuahnya, harum sangat masakan ni dan rasa ala-ala macam daging masak hitam kat restoran mamak.

Sedap kalau dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak, atau makan dgn nasi putih je pun sedap.

Diterbitkan pada 15 Januari 202524.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru