Resepi Sambal Tumis Udang
Sambal Tumis Udang yang ringkas dan cepat, guna udang segar supaya kuah sambal lebih manis dan padu. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500g udang, dibersihkan
- 1/2 biji bawang besar, potong nipis
- 1 batang serai, dititik
- 1/2 cawan air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
- Bahan untuk dikisar
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
- 1 biji bawang besar
Cara Buat Sambal Tumis Udang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
- 2Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
- 3Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
- 4Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
- 5Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 385 kcal
- Protein
- 31 g
- Karbohidrat
- 15.5 g
- Lemak
- 21.5 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 5 g
- Natrium:
- 880 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak menumis tiada dalam senarai; 6 sudu besar diandaikan untuk sambal tumis.
- Garam dan gula tiada dalam senarai; 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula diandaikan.
- Udang 500 g dikira isi bersih seperti dinyatakan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
- Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurnna
Video
Pengenalan
Resepi Sambal Tumis Udang ini disediakan menggunakan bahan yang ringkas dan penyediaanya tidak memerlukan masa yang panjang.
Pastikan anda menggunakan udang yang segar kerana rasa manis udang segar akan melazatkan lagi kuah sambal tumis.
Hidangan untuk keluarga yang enak dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









