ResepiCheNom
Udang Masak Sweet Sour

Resepi Udang Masak Sweet Sour

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 min

Udang masak sweet sour kuah pekat melekat, gabungan manis masam tomato dan nenas yang padu. Che Nom kongsi cara mudah supaya udang kekal segar dan sedap.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Udang Sweet Sour

  • ¼ cawan minyak masak¼ cawan minyak masak
  • 8-10 ekor udang besar8-10 ekor udang besar
  • Sedikit serbuk kunyit dan garamSedikit serbuk kunyit dan garam
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah1 biji bawang merah
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • ½ cawan sos cili½ cawan sos cili
  • 1-2 sudu besar sos ikan1-2 sudu besar sos ikan
  • 1 potong nenas1 potong nenas
  • Sedikit airSedikit air
  • Garam dan gula secukup rasaGaram dan gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil sos tiram1 sudu kecil sos tiram
  • ½ biji bawang holland½ biji bawang holland
  • Daun bawangDaun bawang

Cara Buat Udang Masak Sweet Sour

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Udang Sweet Sour

  1. 1
    Cincang halus bawang putih, bawang merah kecil dan halia.
  2. 2
    Hiris kasar tomato dan bawang holland serta potong kecil nenas.
  3. 3
    Gaul udang bersama sedikit garam dan kunyit. Kemudian, goreng udang separuh masak lalu angkat dan ketepikan.
  4. 4
    Gunakan minyak gorengan udang dengan menumis bahan cincang halus sehingga kekuningan dan naik bau. (tambah minyak jika minyak terlalu sedikit).
  5. 5
    Masukkan cili kisar dan kacau sekejap sehingga pecah minyak lalu masukkan tomato sampai ia kelihatan lembut dan hancur kasar.
  6. 6
    Masukkan sos cili, sos ikan, ketulan nenas dan sedikit air.
  7. 7
    Tambah gula perang/gula putih, garam secukup rasa dan sedikit sos tiram (optional)
  8. 8
    Masukkan hirisan bawang merah dan kemudian masukkan udang. Gaul kesemua sehingga masak.
  9. 9
    Tabur sedikit hirisan daun bawang dan udang sweet sour siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • TBD
Video
Pengenalan

Hi Semua,Kali ini…Che Nom nak masak menu yang pasti laku keras kalau hidang kat family Che Nom. Yang pertama kita kana masak udang sweet sour kuah pekat melekat dan mengancam.

Udang sweet sour ni memangg pekat kuahnya, rasa manis seafood dari udang yg fresh, dari rasa tomato segar,dan juga nenas memang pelengkap segala rasa.

Che Nom akan tunjukkan teknik dan resepi masak sweet sour cara Che Nom sejak dari dulu lagi. Memang sedap dan menjadi kegemaran keluarga.

Diterbitkan pada 26 Julai 202212.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru