ResepiCheNom
Sizzling Yee Mee

Resepi Sizzling Yee Mee

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 6 orang

Sizzling yee mee ala food court dengan kuah pekat gelap, pedas cili kering dan lada hitam, cukup umami cendawan. Makan panas-panas dengan sayur dan telur, memang padu.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Sizzling Yee Mee

  • 2 inci halia2 inci halia
  • 4 sb minyak masak4 sb minyak masak
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 8-10 tangkai cili kering (kurangkan cili kering separuh untuk kurang pedas)8-10 tangkai cili kering (kurangkan cili kering separuh untuk kurang pedas)
  • 500g ayam500g ayam
  • 1 sb serbuk lada hitam1 sb serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk lada sulah1 sk serbuk lada sulah
  • 6 cwn / 1.5 liter air6 cwn / 1.5 liter air
  • 1 kiub ayam1 kiub ayam
  • 1/4 cwn kicap manis1/4 cwn kicap manis
  • 3 sb sos tiram3 sb sos tiram
  • 3 sb kicap cair3 sb kicap cair
  • 1 sb kicap pekat karamel1 sb kicap pekat karamel
  • 8-10 cendawan shitake8-10 cendawan shitake
  • 3 sb tepung jagung3 sb tepung jagung
  • Sedikit airSedikit air
  • Gula secukup rasaGula secukup rasa
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1 sb minyak bijan1 sb minyak bijan
  • Yee Mee keringYee Mee kering
  • Sayur bok choySayur bok choy
  • TelurTelur

Cara Buat Sizzling Yee Mee

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Penyediaan Bahan

  1. 1
    Cincang halus bawang putih. Boleh lebihkan bawang kalau suka.
  2. 2
    Hiris nipis halia. Che Nom guna halia muda sebab bau dan rasa dia lebih mild dan kurang pedas.
  3. 3
    Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air sejuk kemudian buang biji.
  4. 4
    Cendawan shitake bilas dengan air dan lap kotoran yang masih melekat. Potong nipis cendawan, tapi Che Nom lagi suka potong dua je.
  5. 5
    Sayur bok choy trim hujung (bahagian batang), kalau nak potong kecil boleh tapI Che Nom biar je.
  6. 6
    Untuk ayam Che Nom campur bahagian tulang dan isi. Potong kecil ayam.

Untuk Kuah Sizzling

  1. 1
    Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan halia. Kacau sampai kekuningan dan naik bau.
  2. 2
    Masukkan cili kering dan kacau sebati. Boleh kurangkan separuh cili kering kalau nak kurang pedas.
  3. 3
    Masukkan ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah. Kemudian masak anggaran 2-3 minit (boleh kurangkan bau hanyir ayam).
  4. 4
    Masukkan air dan biarkan kuah mendidih.
  5. 5
    Masukkan kiub pati ayam, kicap manis dan sos tiram. Kacau sebati
  6. 6
    Masukkan cendawan shitake, kicap cair dan kicap pekat caramel.
  7. 7
    Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan kacau sampai larut.
  8. 8
    Tuang masuk bancuhan tepung jagung separuh dulu, kalau kurang pekat baru masukkan semua. Biarkan kuah reneh sekejap.
  9. 9
    Masukkan gula, garam, dan minyak bijan. Kacau sebati dan siap.

Untuk Kuah Sizzling

  1. 1
    Dalam kuali berasingan atau sizzling plate masukkan 2-3 senduk kuah sizzling dan panaskan.
  2. 2
    Masukkan yee mee kering, sayur bok choi dan isi ayam. Boleh tambah kuah kalau suka.
  3. 3
    Masuk sebiji telur dan teruskan masak.
  4. 4
    Bila telur telur putih dah masak tapi telur kuning masih cair, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
  5. 5
    Boleh hidang bersama cili potong atau cili jeruk.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Che Nom guna halia muda, bau dan rasa lebih mild dan kurang pedas berbanding halia tua tapi kalau nak guna juga halia tua pon boleh, tak ada masalah.
  • Untuk cendawan shitake kalau takda yang segar boleh guna yang kering tapi kena rendam dulu sampai lembut anggaran 5-6 jam.
  • Boleh kurangkan separuh cili kering kalau tak suka pedas.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Untuk kurangkan hanyir ayam, boleh masak ayam dengan bahan tumisan anggaran 2-3 minit sebelum tuang masuk air. Rasa dia akan lebih sedap dari masukkan terus dalam sizzling.
  • Seeloknya letak minyak bijan akhir sekali. Minyak bijan dapat naikkan bau dan aroma kuah sizzling.
Video
Pengenalan

Untuk resepi mee kali ni, Che Nom nak masak menu sizzling mengunakan yee mee. Kita buat menu ala-ala food court pulak. Mula-mula Che Nom akan sediakan kuah sizzling, dan kriteria utama kuah sizzling yang sedap ialah kuah nya mestilah pekat, cukup rasa pedas dari cili kering, rasa umami dari cendawan shitake, rasa pedas beraroma dari lada hitam, halia, bawang putih dan juga warnanya mestilah gelap dari perbagai jenis kicap yang kita masukkan.

Bahan-bahan pun mudah saja nak sediakan. Kalau makan ramai-ramai satu family waktu panas lagi, mesti best. Dengan kuah sizzling yang panas dan yee mee masih lagi ada rasa rangup tu confirm licin lah makan. Biasanya dimasak bersama sayur dan juga telur. Kalau tak gemarkan yee mee, boleh ganti kuay teow, mee atau pun nasi.

Diterbitkan pada 5 Disember 2022151.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru