ResepiCheNom
Ikan bawal emas bakar dibungkus daun pisang, isi lembap dan wangi
Ikan

Resepi Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang (Juicy & Wangi)

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 minHidangan 2 orang

Resepi ikan bakar bawal emas yang mudah, dibalut daun pisang untuk aroma wangi dan rasa isi yang manis serta lembut.

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan bawal emas (saiz sederhana)2 ekor ikan bawal emas (saiz sederhana)
  • 1-2 sudu kecil garam1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk perasa (seasoning)1/2 sudu besar serbuk perasa (seasoning)
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • Daun pisang secukupnyaDaun pisang secukupnya
  • Sedikit minyak masakSedikit minyak masak

Cara Buat Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

  1. 1
    Bersihkan daun pisang dengan kain lembap, kemudian layurkan sekejap di atas api supaya lembut. Lapkan kering.
  2. 2
    Siang ikan bawal emas, buang isi perut dan bersihkan darah beku. Cuci bersih dan pastikan ikan dilap kering dengan tisu dapur.
  3. 3
    Satukan garam, serbuk kunyit, serbuk perasa, dan pes asam jawa. Lumurkan campuran ini rata ke seluruh bahagian ikan termasuk bahagian dalamnya.
  4. 4
    Perapkan ikan selama lebih kurang 15 minit supaya rasa perapan meresap mesra ke dalam isi ikan.
  5. 5
    Ambil daun pisang yang telah disediakan, sapukan sedikit minyak masak di permukaan tempat letak ikan.
  6. 6
    Letakkan ikan di bahagian tengah daun pisang, kemudian balut dengan kemas supaya jus ikan tidak keluar semasa membakar.
  7. 7
    Panaskan pemanggang ajaib (double pan) atau kuali leper biasa yang mempunyai penutup rapat. Letakkan bungkusan ikan di atasnya.
  8. 8
    Bakar menggunakan api sederhana perlahan sehingga daun pisang kelihatan ada kesan garing atau kesan bakar.
  9. 9
    Terbalikkan ikan dan sambung masak bahagian sebelah lagi sehingga masak sekata.
  10. 10
    Untuk pastikan ikan sudah masak, cuba tolak isi ikan di bahagian tulang menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang, bermakna ikan sudah masak sepenuhnya.
  11. 11
    Angkat dan hidangkan Ikan Bawal Emas Bakar ini panas-panas bersama sambal belacan atau air asam untuk rasa yang lebih 'kick'.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Layurkan daun pisang di atas api dapur sekejap sehingga layu supaya daun tidak mudah koyak semasa proses membalut ikan.
  • Jangan bakar guna api terlalu kuat, takut daun pisang hangus rentung tapi isi ikan di dalam masih belum masak.
Pengenalan

Hari ini Che Nom nak kongsikan resepi Ikan Bawal Emas Bakar yang sangat simple tapi rasanya memang 'juicy' dan manis. Ikan bawal emas ni isinya lembut dan lemak, jadi kita tak perlu letak rempah yang terlalu berat, cukup sekadar garam, kunyit, dan sedikit perasa untuk naikkan rasa aslinya.

Rahsia kesedapan resepi ni terletak pada balutan daun pisang yang memberikan aroma wangi semula jadi bila dibakar. Bila dimasak dalam pemanggang tertutup, wap panas akan mengukus ikan serentak dengan proses membakar, menjadikan isinya lembap dan tidak kering.

Hidangan ni memang wajib makan panas-panas, dicicah pula dengan air asam atau sambal belacan, gerenti bertambah nasi.

Diterbitkan pada 10 Januari 20261.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru